Tag: TOMOK

(HIBURAN) Kenangan Terbaik Buat Peminat Tomok dan Siti Nordiana, menerusi Konsert Memori Mungkin Berulang

Pada 1 Februari 2025, Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kepada kolaborasi istimewa antara dua bintang ternama industri muzik Malaysia, Tomok dan Siti Nordiana, menerusi Konsert Memori Mungkin Berulang. Konsert ini bukan sahaja mengimbau perjalanan seni mereka sejak zaman persekolahan, tetapi juga menghidupkan semula nostalgia yang mendalam bagi lebih 1,500 peminat yang hadir. Read more →

(HIBURAN) ARENA PERTEMPURAN5 PASANGAN TERHEBAT FAMILI SELEBRITI KINI BERMULA!

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2024 – Siap sedia untuk malam keluarga yang paling meriah! FAMILI DUO musim ke empat (FD4)  dengan lebih banyak kejutan, persaingan sengit, dan tentu saja, bakat-bakat luar biasa dari keluarga selebriti kesayangan anda.  Siapakah pasangan misteri yang akan melengkapi barisan peserta tahun ini? Saksikan sendiri! Read more →

(HIBURAN) Bicara Seni “Altimet” Dalam “KotarayaKu”

IMG_7067 (2)

Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi  atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records. Read more →

(HIBURAN) MAYA & BRONT SEDIA MENCANTAS CINTA

untitled-38

Apakah yang akan anda lakukan jika anda dapat berdepan dengan bekas kekasih ‘perampas’ pasangan anda? Rancang untuk memusnahkan kebahagiaan pasangan baru tersebut? Itulah misi yang bakal dilakukan Maya Karin dan Bront Palarae, 20 Februari ini melalui filem SEJOLI, dari skrip garapan pengarah Cun dan Ombak Rindu, Osman Ali bersama Ikhwan Sha. Read more →

(HIBURAN) MANIFESTO Juara Versus Musim Ke 2

IMG_3261MANIFESTO yang merupakan gabungan vokalis TOMOK bersama kumpulan band indie MODREAD yang merupakan band projek telah menjadi juara konfrontasi terakhir VERSUS musim ke 2. Kumpulan ini menewaskan KYOTO PROTOCOL  pada “battle” terakhir dengan mendapat undian SMS tertinggi. MANIFESTO yang membawakan lagu battle daripada kumpulan rock otai XPDC yang bertajuk “Titian Perjalanan” merangkul hadiah wang tunai yang lumayan berjumlah RM200 ribu dengan menewaskan KYOTO PROTOCOL yang membawakan lagu C.I.N.T.A di pusingan battle terakhir dan juga 3 band lain iaitu KRISTAL, ESTRANGED dan OH CHENTAKU di peringkat awal. Setelah bertungkus lumus hampir 8 minggu, kelima-lima band ini buat kali terakhirnya membuat perhintungan dengan menyampaikan 2 jenis lagu iaitu MASH-UP (gabungan 2 lagu pilihan sendiri dan juri) serta LAGU BARU. Peminat-peminat VERSUS di Space U8 Shah Alam dihiburkan dengan 10 lagu iaitu Chill Brader dan Aku Cinta Padamu +Belaian Jiwa (ESTRANGED), Persoalan dan Awas + Peronda Jaket Biru (KRISTAL), Jelita dan Tiada Lagi Kidungmu + Rindu (KYOTO PROTOCOL) , Manifesto dan Biar Putih Tulang + Bukan Cinta Biasa (MANIFESTO) serta Seri Puteh dan Tamparan Wanita +Papa Jahat+Seindah Biasa (OH CHENTAKU). Di pentas akhir ini Datuk Hattan menjadi juri jemputan selain juri tetap Jennifer Thompson dan Loque serta kumpulan XPDC sebagai artis jemputan untuk minggu terakhir ini. Read more →