Tag: luncai emas

(HIBURAN) PENYANYI RUDY ZIL TERUS MEWARNAI INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN DENGAN SINGLE TERBARU ‘JAGA DIRIMU’ DI KALA PANDEMIK MELANDA

RUDY ZIL – Semangat yang tidak pernah putus asa di waktu pandemik ketika ini , Penyanyi muda tempatan Sabah – Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi meneruskan perjuangan dalam industri hiburan tempatan dengan menerbitkan single terbaru berjudul ‘ Jaga Dirimu ‘ ciptaan & lirik oleh Rudy Zil. Selain menyanyi , Rudy Zil aktif dalam penghasilan lagu untuk dirinya serta beberapa rakan artis tempatan Sabah lain seperti Nowhy Band, Erney E. Tugoe & Syamlie dan beliau mengambil inspirasi oleh Kumpulan AIR SUPPLY dalam setiap penghasilan lagu ciptaannya . Di Sabah, Rudy Zil juga bekerja secara sendiri bagi menampung keperluan & sara hidup. Read more →

(HIBURAN) ” Debaran Rindu ” Dato Jeffrydin setelah 10 tahun

IMG_6350gmoSetelah 10 tahun tidak mengeluarkan album, akhirnya tahun 2013 merupakan tahun untuk Dato Jeffrydin memgembirakan peminat-peminat beliau dengan album terbaru ” Debaran Rindu “. Album yang dilahirkan dibawah syarikat rakaman Luncai Emas ini hasil sentuhan 2 nama besar iaitu Azmeer dan Dato M.Nasir sendiri selaku penerbit album. Dato M.Nasir yang merupakan peminat lagu-lagu Dato Jeffrydin pada masa muda beliau di Singapura  mengekalkan konsep muzik yang sinonim dengan Dato Jeffrydin iaitu pop yeh yeh. Di dalam album ini juga terdapat satu elemen kejutan dimana penampilan istimewa kumpulan One Nation Emcees yang berkolaborasi di dalam lagu ” Debaran Rindu” serta satu lagu raya iaitu ” Syahdu Di Pagi Raya”.  Read more →