(HIBURAN) ” Debaran Rindu ” Dato Jeffrydin setelah 10 tahun

Spread the love

IMG_6350gmoSetelah 10 tahun tidak mengeluarkan album, akhirnya tahun 2013 merupakan tahun untuk Dato Jeffrydin memgembirakan peminat-peminat beliau dengan album terbaru ” Debaran Rindu “. Album yang dilahirkan dibawah syarikat rakaman Luncai Emas ini hasil sentuhan 2 nama besar iaitu Azmeer dan Dato M.Nasir sendiri selaku penerbit album. Dato M.Nasir yang merupakan peminat lagu-lagu Dato Jeffrydin pada masa muda beliau di Singapura  mengekalkan konsep muzik yang sinonim dengan Dato Jeffrydin iaitu pop yeh yeh. Di dalam album ini juga terdapat satu elemen kejutan dimana penampilan istimewa kumpulan One Nation Emcees yang berkolaborasi di dalam lagu ” Debaran Rindu” serta satu lagu raya iaitu ” Syahdu Di Pagi Raya”. 

IMG_6370gmoAlbum ini mempunyai 6 buah lagu baru iaitu Debaran Rindu, Pemburu Cinta, Lagu Dari Jiwa, Bing Bang Boom, Persoalanku dan Syahdu Di Pagi Raya. Album ini akan berada di pasaran pada 8 Julai 2013 dan akan diedarkan oleh FMC manakala penjualan digitalnya oleh Luncai Emas sendiri.

Jef dinsmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *