Tag: Maestro

(HIBURAN) Sidang Media Konsert The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert”

IMG_4866

HITMAN SOLUTIONS & GHC SOLUTIONS telah mengumumkan konsert pertama mereka untuk tahun 2013. The Ghazal Maestro “Pankaj Udhas Live In Concert” akan berlangsung pada 10 Februari 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Selepas hampir satu dekad, maestro ini kembali dengan alunan muzik mendayu khususnya untuk peminat di Malaysia. Pankaj Udhas adalah penyanyi dari India yang seangkatan dengan pemuzik terkenal lain seperti Jagjit Singh dan Talat Aziz, dengan membawa gaya irama Ghazal yang lebih segar dan popular. Pankaj Udhas mendapat kemasyhuran menerusi yanyian  dalam filem pada tahun 1986 iaitu  ” Naam “, di mana lagu “Chitthi Aayee Hai” menjadi hit secara mendadak. Selepas itu, beliau banyak terlibat sebagai penyanyi yang menyumbangkan suara dalam filem-filem terkenal lain dan telah merakamkan album sejak itu.  Pada tahun 2006, Pankaj Udhas telah dianugerahkan “Padma Shri” , anugerah untuk orang awam keempat tertinggi di India.  Read more →