Tag: MENTOR LEGEND

(HIBURAN) KONSERT AKHIR MENTOR LEGEND RAIH LEBIH 4.8 JUTA PENONTON!

MENTOR LEGEND 2014

Mentor Legend melabuhkan tirai terakhirnya dengan mengekalkan statusnya sebagai program realiti no.1 negara dengan 4.8 juta penonton. Disamping mengekalkan status itu, pihak produksi Mentor Legend telah mengumumkan bahawa hasil jualan tiket yang berharga RM20 sekeping itu, akan disumbangkan ke Tabung Bersamamu, TV3. Hasil kutipan ini juga termasuk dengan sejumlah dana ikhlas dari penonton Mentor Legend  Dengan rasa besar hati kami mengumumkan bahawa penonton setia Mentor Legend telah menyumbangkan dana yang berjumlah RM10,390. Read more →

(HIBURAN) RM300,000 DAN PROTON IRIZ MILIK AZMIL DAN DAYANG NURFAIZAH

DEX_5568

Program realiti nombor satu negara telah melabuhkan tirainya buat kali terakhir dengan penobatan mentor Dayang Nurfaizah dan protégé Azmil sebagai Juara Mentor Legend. Mereka merupakan pasangan yang berjaya membawa pulang wang tunai RM 300,000 dan dua buah Proton Iriz 1.6 Premium CVT serta Trofi Mentor Legend. Pasangan mentor Ella dan protégé Aina pula meraih tempat kedua dan berjaya membawa pulang wang tunai RM 200,000 serta Trofi. Manakala, pasangan Amy Search dan Sarah mendapat tempat ketiga dan membawa pulang RM100,000 serta Trofi. Read more →

(HIBURAN) MENTOR LEGEND – PERSAINGAN HEBAT ANTARA LEGEND

DEX_4910

Persembahan protégé Amy Search, Maishara Fazny Binti Mahadzir, atau lebih dikenali sebagai Sarah telah memberi satu impak mega kepada Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam semalam. Melalui persembahan lagu Chandelier dari Sia dan persembahan duet bersama Amy Search dengan lagu Fantasia Bulan Madu, Sarah berjaya menarik perhatian Azmeer dan Adlin Aman Ramli selaku juri professional, juri awam, dan penonton Mentor Legend lantas meraih persembahan terbaik dengan markah keseluruhan 70/100, malam itu. Kedua-dua Mentor dan Protégé berjaya membawa pulang sebuah komputer riba berjenama HP setiap seorang. Read more →