Tag: PAPPARICH

(SEMASA) PAPPARICH bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)

IMG_8814gmo

Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang memiliki rangkaian perniagaan restoran PAPPARICH telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama anak-anak anak yatim dan fakir miskin dari rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Seramai  30 kanak-kanak yang bertuah ini diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan restoran PAPPARICH cawangan The Gardens , Mid Valley Kuala Lumpur. Mereka dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa restoran PAPPARICH dan dihiburkan dengan persembahan silap mata serta pemberian duit raya dan cenderahati dari pihak PAPPARICH. Di majlis ini juga pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO mereka Mr. Law Teng How turut sama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Read more →