Tag: Rumah

(SEMASA) Rumah Terbuka & Majlis Anugerah Lagu Melayu Paling Popular NEWAY KARAOKE 2013

IMG_3054

NEWAY Karaoke Box mengumumkan 12 lagu Melayu paling popular  yang diunggul lagu nyanyian Hafiz dan Adira, ‘Ombak Rindu’ di Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013  baru-baru ini. “Pengunjung yang hadir gemar menyanyikan lagu ‘Ombak Rindu’ di mana lagu berkenaan dinyanyikan lebih 10,000 kali dalam tempoh 2012 hingga 2013.. Justeru ‘Ombak Rindu’ mendapat tempat pertama antara 11 buah lagu Melayu yang lain,” ujar Pengurus Pemasaran Neway, Aining Wong ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Anugerah Lagu Melayu Popular Neway 2013, Neway Karaoke Box di One Utama, Damansara baru-baru ini. Read more →

(SEMASA) Personaliti TV3 & Artis Warnai Rumah Terbuka Wanita Hari Ini

Barisan hos WHI untuk Rumah Terbuka WHI - Nabihah, Fiza, Irin & Azzura

Tradisi kunjung mengunjung dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus menjadi amalan masyarakat Malaysia. Bagi meneruskan amalan ini, program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan Hari Lebaran tahun ini. Kemeriahan rumah terbuka ini diserikan dengan kehadiran personaliti WHI dan artis veteran seperti Datin Rosnani Jamil, Norlia Ghani dan artis-artis lain seperti Raja Noorbaizura, Zarina Zainuddin, Fauzi Al Qadri (Pelakon Spa Q1 & Spa Q2), Shiha Mentor. Apa yang lebih menarik, rumah terbuka ini turut meraikan 40 orang warga emas dari Rumah Seri Kenanga Cheras. Menerusi rumah terbuka ini, ia mampu membuatkan mereka yang bersendirian tanpa insan tersayang turut diraikan. Read more →

(SEMASA) PAPPARICH bersama anak-anak yatim Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA)

IMG_8814gmo

Bersempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang memiliki rangkaian perniagaan restoran PAPPARICH telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama anak-anak anak yatim dan fakir miskin dari rumah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Seramai  30 kanak-kanak yang bertuah ini diraikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan restoran PAPPARICH cawangan The Gardens , Mid Valley Kuala Lumpur. Mereka dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa restoran PAPPARICH dan dihiburkan dengan persembahan silap mata serta pemberian duit raya dan cenderahati dari pihak PAPPARICH. Di majlis ini juga pihak PappaRich Group Sdn Bhd yang diwakili oleh CEO mereka Mr. Law Teng How turut sama menyumbangkan sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pihak pengurusan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA). Read more →