Tag: Proton Saga

(SEMASA) Hot Wheels® Proton Saga Edisi Istimewa Kebanggaan Malaysia Yang Pertama Papar Rekaan Kanak-Kanak

 

Kuala Lumpur, 29 Julai 2023 – Bagaikan mimpi apabila menerima gelaran “pertama di dunia”, demikianlah kisah anak Malaysia cilik berumur 9 tahun apabila mimpinya menjadi realiti. Saw Jane Harn, 9, dari Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak 2023 sekali gus menjadikan dia sebagai kanak-kanak pertama yang mencipta sejarah apabila karya rekaan tangannya digunakan sebagai pek bungkusan model kereta permainan (diecast) Hot Wheels. Rekaannya* akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal berada di pasaran di seluruh negara pada tahun 2024. Read more →