Tag: Hot Wheels

(SEMASA) Hot Wheels® mempersembahkan Siri Netflix Baru Hot Wheels Let’s RaceTM

Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 – Bersiap sedia semua para pelumba! Hot Wheels melancarkan Hot Wheels Let’s RaceTM, sebuah siri animasi kanak – kanak baharu terbitan Mattel Television Studios secara global. Diinspirasikan oleh Hot Wheels, jenama permainan nombor satu di dunia*, siri animasi Hot Wheels Let’s Race™ ini merupakan sebuah siri komedi penuh aksi untuk kanak – kanak yang menggabungkan kenderaan – kenderaan luar biasa, memperkenalkan watak – watak yang penuh aksi, perlumbaan pantas, cabaran – cabaran yang mendebarkan dan banyak lagi. Bagi merasmikan acara ini, Hot Wheels memperhidup unsur-unsur dari siri tersebut sebesar saiz hidup di IOI City Mall. Read more →

(SEMASA) Hot Wheels® Proton Saga Edisi Istimewa Kebanggaan Malaysia Yang Pertama Papar Rekaan Kanak-Kanak

 

Kuala Lumpur, 29 Julai 2023 – Bagaikan mimpi apabila menerima gelaran “pertama di dunia”, demikianlah kisah anak Malaysia cilik berumur 9 tahun apabila mimpinya menjadi realiti. Saw Jane Harn, 9, dari Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Rekaan Hot Wheels X PROTON Kanak-Kanak 2023 sekali gus menjadikan dia sebagai kanak-kanak pertama yang mencipta sejarah apabila karya rekaan tangannya digunakan sebagai pek bungkusan model kereta permainan (diecast) Hot Wheels. Rekaannya* akan dicetak pada pek bungkusan Hot Wheels Proton Saga edisi istimewa yang bakal berada di pasaran di seluruh negara pada tahun 2024. Read more →

(SEMASA) Hot Wheels™ Legends Tour Malaysia 2023 bakal diadili Ketua Pereka Pembungkusan Global

Kuala Lumpur, 27 Jun 2023 – Hot Wheels Legends Tour kembali lagi di Malaysia buat kali keempat dengan perkembangan baharu yang mengujakan! Buat julung kalinya, peserta pecinta kereta binaan sendiri (custom) akan dinilai secara langsung oleh Ketua Pereka Pembungkusan Hot Wheels Global, Matt Gabe pada Art of Speed 2023 ke-12. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam Legends Tour – iaitu acara pencarian kereta binaan sendiri di peringkat antarabangsa yang akan diterjemahkan semula dalam skala 1:64 sebagai kereta Hot Wheels bagi pasaran di 150 buah negara di seluruh dunia. Inilah masanya buat rakyat Malaysia menunjukkan karya binaan kereta masing-masing! Read more →

(SEMASA) Proton Rekaan Khas William Chong  Ke Peringkat Separuh Akhir Hot Wheels™ Legends Tour 2022 Global

Kuala Lumpur, 1 November 2022 – Kembali untuk tahun ketiga di Malaysia, Hot Wheels™ Legends Tour dengan kerjasama Art of Speed Malaysia berlangsung dengan lebih hebat! Jelajah Pertunjukan Kereta terbesar dunia itu dalam misi pencarian kenderaan rekaan khas terbaru yang layak ditransformasi kepada model kereta mainan (die-cast) skala 1:64 Hot Wheels®. Tahun ini, William Chong, seorang juruteknik trak treler dari Negeri Sembilan membanggakan negara apabila rekaan khas Proton beliau terpilih mewakili Malaysia di peringkat Separuh Akhir Global. Read more →

(SEMASA) 2022 Hot Wheels™ Legends Tour Kembali ke Malaysia untuk Mengabadikan Kereta Kustom Buatan Peminat Kereta sebagai Mainan Die-cast Hot Wheels®

Pasangkan tali keledar anda! Hot Wheels™ Legends Tour kini kembali lagi ke Malaysia untuk kali ketiga! Dikelolakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia, sambutan seni kustom kereta ini akan menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi pencarian global yang mentransformasikan kereta kustom rekaan peminat kepada mainan die-cast Hot Wheels® berskala 1:64 dan dipasarkan di lebih 150 negara seluruh dunia! Untuk penyertaan, layari https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour-2022/. Read more →