Tag: )SHOUT !! AWARDS

(HIBURAN) Shout! Awards 2013 KEMBALI !!!

IMG_1234

Shout! Awards 2013 KEMBALI !!! Di tahun keempat penganjurannya, anugerah yang mengiktiraf pemenang hasil dari pilihan peminat ini bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Shout! Awards 2013 bakal bersiaran secara langsung di kaca televisyen anda pada 9 November jam 9 malam di 8TV. Majlis gilang gemilang ini bakal menampilkan 17 anugerah dalam lima kategori berbeza dan satu anugerah utama iaitu The Ultimate Shout! Award. Tarikh undian mula dibuka pada 18 Oktober sehingga 8 November. Untuk keterangan lanjut mengenai cara pengundian dan informasi terkini mengenai Shout! Awards 2013, layari laman web www.shoutawards.com.my ataupun www.8tv.com.my. Read more →

(HIBURAN) SHOUT !! AWARDS 2013 kembali

DSCF0316Anugerah hiburan paling HIP iaitu SHOUT! AWARDS kembali buat tahun ke 4 untuk memberi pengiktirafan dan menghargai bakat dan kreativiti kepada artis-artis dalam bidang muzik, filem, televisyen, radio dan media sosial. Tahun ini 8TV sekali lagi menjadi ‘trendsetter’ apabila mengadakan sidang media menerusi GOOGLE + HANGOUT yang dihoskan oleh Phat Phabes dan Julie Woon. Artis popular seperti Yuna, Bunkface, Massacre Conspiracy dan Kyoto Protocol berkomunikasi diantara satu sama lain bersama-sama dengan Izham Omar, Airin dan Jennifer Thompson.  SHOUT! AWARDS akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 November 2013, jam 8.30 malam menerusi saluran hip 8TV yang juga merupakan penganjur dan penyiar eksklusif SHOUT! AWARDS.  Sebuah program khas ‘ The Show Before The Shout! Awards ‘  akan disiarkan pada 8 November 2013 jam 9.30 malam. Read more →