Tag: Khairy Jamaluddin

(HIBURAN) Khairy Jamaluddin Curi Tumpuan di Shout Awards 2013

MERE5119gmo

Tamat sudah majlis anugerah berprestij Shout! Awards 2013. Kejutan terbesar kali ini apabila Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan memenangi trofi Wired Celebrity Award. Khairy Jamaluddin yang aktif di laman sosial terutama Twitter telah menjadikan beliau bukan saja seorang yang bergelar menteri, malah kini boleh dianggap sebagai seorang selebriti. Joe Flizzow pula dianugerahkan dengan The Ultimate Shout! Awards diatas usaha beliau mengembangkan sayap genre muzik Hip-Hop manakala penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip pula mendominasi dua anugerah dengan trofi Popstar Award dan juga trofi Power Vocal Award. Penampilan khas bekas vokalis kumpulan Westlife, Shane Filan pula menutup majlis anugerah gilang-gemilang ini. Read more →

(HIBURAN) Shout! Awards 2013 KEMBALI !!!

IMG_1234

Shout! Awards 2013 KEMBALI !!! Di tahun keempat penganjurannya, anugerah yang mengiktiraf pemenang hasil dari pilihan peminat ini bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Shout! Awards 2013 bakal bersiaran secara langsung di kaca televisyen anda pada 9 November jam 9 malam di 8TV. Majlis gilang gemilang ini bakal menampilkan 17 anugerah dalam lima kategori berbeza dan satu anugerah utama iaitu The Ultimate Shout! Award. Tarikh undian mula dibuka pada 18 Oktober sehingga 8 November. Untuk keterangan lanjut mengenai cara pengundian dan informasi terkini mengenai Shout! Awards 2013, layari laman web www.shoutawards.com.my ataupun www.8tv.com.my. Read more →

(SUKAN) Feel Good Run 2013

IMG_6800gmo

Saluran Ceria Anda, ntv7 hari ini meraikan ulang tahun ke 15-nya di larian amal – Feel Good Run 2013 – yang merupakan kali ketiga dianjurkan stesen TV itu dengan seramai 5,700 pelari membanjiri Sri Pentas, Bandar Utama seawal 5.30 pagi. Acara yang merupakan larian terbesar di Bandar Utama itu turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang turut melepaskan para peserta buat tiga kategori larian 15KM, 7KM dan 2.3KM. Turut hadir mengiringi beliau adalah para pengurusan tertinggi Media Prima Berhad – Encik Ahmad Izham Omar (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV), Datuk Kamal Khalid (Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan), Shareen Ooi (Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima), Seelan Paul (Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio dan Ketua Pegawai Strategi, Rangkaian TV), Airin Zainul (Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV), Sofwan Mahmood (Pengurus Besar Kumpulan, Operasi Berita, Rangkaian TV dan Radio) dan Dorothy Empam (Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan). Read more →

(SEMASA) YB Khairy Jamaluddin di Jom Heboh

DSCF0293

26 Mei 2013 – PUTRAJAYA : Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar , Menteri Belia Dan Sukan Malaysia membuat lawatan rasmi ke kawasan tapak karnival JOM HEBOH 2013 Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2013. YB Khairy Jamaluddin yang diiringi oleh Pengerusi Media Prima iaitu Datuk Johan Jaafar dan pegawai-pegawai  Media Prima yang lain sempat berlintas langsung di Program MELODI bersama Zizan Razak dan Awal Ashaari serta membuat kunjungan mesra di tapak-tapak karnival jom heboh antaranya booth Cereka TV3, Versus TV9 dan radio HOTfm sebelum menjamu selera hidangan tengah hari di pejabat operasi urusetia Jom Heboh. Menteri Belia Dan Sukan yang baru ini memberitahu pada media bahawa kementerian beliau adalah untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan bangsa serta fahaman politik, dan beliau berharap supaya belia-belia bersama-sama beliau mengembeling tenaga dan usaha untuk menjadikan festival ini memberi manafaat kepada semua. Bercakap kepada media, YB Khairy menjelaskan bahawa festival ini tidak akan hanya diadakan di kawasan Putrajaya sahaja ataupun di kawasan bandar-bandar utama, malahan beliau akan pastikan karnival belia ini akan dibawa secara dekat kepada akar umbi belia terutamanya di kawasan luar bandar yang selama ni hanya melihat karnival ini secara jauh. Read more →