Tag: Stacy

(HIBURAN) STACY LANCAR MUZIK VIDEO ‘CAKAP KE TANGAN’

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2017 –  Penyanyi wanita juga bergelar ‘Ratu Pop’ kelahiran Sabah Stacy, 27,  sentiasa terkenal dengan kehebatannya beraksi di atas pentas dengan penuh bertenaga. Beliau kini kembali ke persada muzik tempatan dengan menghadiahkan sebuah lagi buah tangan untuk peminatnya,  iaitu muzik video menerusi single ‘Cakap Ke Tangan’. Dilancarkan pada bulan Ogos lalu, single ini dilakar sepenuhnya oleh suaminya sendiri dan kolaborasi bersama Laq yang juga menjadi sebuah hadiah istimewa Akim buat isteri tercinta.  Read more →

(HIBURAN) STACY-#1 taruhan terbaru Stacy

IMG_8007

Stacy atau nama sebenar beliau Stracie Angie Anam bukan nama asing dalam industri muzik tempatan. Ratu Tari Malaysia kelahiran Sabah ini semakin bersinar bak bintang kejora dan melakar banyak kejayaan dalam industri muzik tanah air. Read more →

(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2

IMG_4514

Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS”  apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir. Read more →

(HIBURAN) Anugerah Blokbuster 2

IMG_9013

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal menganjurkan Anugerah Blokbuster 2  dengan  kerjasama Astro Ria serta Radio ERA sebagai penyiar dan radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. Majlis anugerah ini akan diadakan pada hari Sabtu , 15 Jun 2013, jam 9.00 malam bertempat di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bharu. Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan daripada penonton yang diberi kuasa penuh kepada peminat untuk menentukan pemenangnya. Read more →

(HIBURAN) ” Konsert Nusantara ” ikatan budaya Malaysia & Indonesia

IMG_7721resizeGMO

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia & Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (YIRMI) telah menganjurkan Konsert Nusantara 2013 bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert ini telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia YB Dato’ Seru Utama Dr Rais Yatim bersama wakil Bapak Menteri Kebudayaan Indonesia. Konsert ini akan berlangsung pada 7 – 9 Mac 2013, 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Persembahan kebudayaan dari Indonesia melibatkan suku kaum bangsa Bugis, Batak, Mandailing, Boyan dan Minangkabau dan artis popular yang turut serta ialah Elly Kassim, Rossa dan Endang S Taurina. Manakala persembahan kebudayaan dari Malaysia pula adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Yusni Hamid, Dato’ M. Nasir, Ziana Zain, Hafiz, Black, Stacy, Bob Yusof dan Yazer. Read more →