Tag: Top 5

(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013

TV3-SHOWS-featurcro[p

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →