Tag: Media Prima Berhad”

(SEMASA) 360,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN ULANG TAHUN TV3 KE 39 DI KARNIVAL JOM HEBOH SELANGOR GENERASI MUDA

 

Petaling Jaya, 6 Jun 2023 – Karnival Jom Heboh (KJH) Selangor Generasi Muda mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan apabila dihujani lebih 360,000 pengunjung sepanjang tiga hari diadakan di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam. KJH kali ini juga istimewa kerana turut menyambut ulang tahun TV3 yang ke-39 dan ini merupakan kali pertama acara padang ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu 2 hingga 4 Jun (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Read more →

(SEMASA) MEDIA PRIMA BERHAD TERIMA  ANUGERAH MEDIA  JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA

Petaling Jaya, 25 Februari 2022 – Media Prima Berhad telah menerima lima anugerah di malam apresiasi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) baru-baru ini. Anugerah Media Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara -anugerah yang diterima adalah sebagai penghargaan kementerian tersebut kepada pengamal-pengamal media yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka. Read more →

(SUKAN) Sukan SEA Ke 27 Bakal Melakar Sejarah Emas Ke-1000 Buat Kontijen Malaysia

Gimik Pelancaran TV3 selaku Rakan Penyiar dan Tonton sebagai Rakan Digital Sukan SEA ke-27

Berita baik untuk semua peminat sukan tanahair! Sukan SEA kini kembali untuk edisi ke-27 dan bakal bersiaran di TV3, stesen televisyen nombor satu negara dan portal video Tonton! Digemuruhkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dengan kerjasama Milo, rakyat Malaysia berpeluang untuk mengikuti acara langsung dan perkembangan terkini Sukan SEA, sebuah temasya sukan dwitahunan berprestij yang menampilkan atlet-atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara. Read more →

(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013

TV3-SHOWS-featurcro[p

Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →