3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru. Read more →
Tag: tv3
(SEMASA) Kemuncak DA’I (Pendakwah Milenia)
Setelah 12 minggu mengharungi pelbagai cabaran, Nor Adibah Binti Rozain menjadi juara Da’i (Pendakwah Milenia) musim pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000, trofi dan sijil. Pelajar kelahiran Jengka, Pahang ini merupakan pelajar jurusan TESL di UiTM Shah Alam. Beliau mengalahkan 2 lagi peserta akhir iaitu Mohamad Azamudin Bin Zainal dan Muhammad Tajdid Hadhari. Read more →
(HIBURAN) BOWL Pamer Persembahan Hebat Sekaligus Ungguli Konsert Kedua
Bintang Mencari Bintang (BMB) kini lebih mantap dan bertenaga! Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) kembali beraksi malam ini untuk membuktikan kehebatan yang mereka miliki di pentas BMB. Selepas seminggu memberi laluan kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian minggu lalu, Kumpulan A mempunyai waktu rehat dan latihan yang lebih panjang untuk membuat persiapan untuk persembahan mereka. Read more →
(SEMASA) QI RAZALI KEMBALI MENGEMUDI JJCM
Program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), sebuah program yang memberikan informasi dan tips serta lokasi menjamu selera kini telah memasuki musim kedua bagi tahun 2013 bermula 7 April 2013 yang lalu. Tambah menarik, program JJCM musim baru ini juga mengembalikan hos JJCM iaitu Qushairi Mohammed Razali atau lebih mesra dengan panggilan Qi Razali, di samping pengisian baru menerusi segmen menarik seperti ‘Siapa Punya’, ‘Siapa Itu?’, ‘Singgah’ dan ‘Lain Macam’. Read more →
(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG – TITAN UNGGULI KUMPULAN B
Kumpulan A yang terdiri daripada BOWL (Afdlin Shauki), ACHEY (Harun Salim Bachik), TOCAI (Senario), TAPAW (Faizal Ismail), BIG TOO (Sabri Yunus) dan KELAWAK (Raja Azura) telah membuka tirai pertarungan Bintang Mencari Bintang (BMB) dengan persembahan yang mantap dan menghiburkan. Setelah menyaksikan kehebatan konsert pertama dari kumpulan A, pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk menunggu konsert dari kumpulan B pula. Semalam, tiba giliran kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) beraksi meraih sokongan daripada para peminat dan juri. Read more →




