Tag: Yaya Maembong

(HIBURAN) Saksikan Gelagat Adik Beradik Maembong Dalam Program Realiti ‘The House’

Ep 1(1)

“Air yang dicincang tidak akan putus”. Itulah peribahasa yang menggambarkan keluarga selebriti popular yang terdiri daripada trio adik beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong meskipun mereka hampir 10 tahun tidak tinggal serumah apatah lagi sebilik, kini selama 10 hari mereka akan tinggal sebumbung dan diuji dengan pelbagai tugasan. Read more →

(HIBURAN) Drama romantik komedi ‘DIANDRA’ di Slot Lestary

Poster Diandracropsmall

Mereka berdua mempunyai perwatakan yang bertentangan, sering bercakaran seperti kucing dan anjing setiap kali bertemu. Berlatar-belakangkan keluarga dan gaya hidup yang berbeza juga mengundang bermacam-macam perselisihan apabila Diandra dan Adam terpaksa mengharungi rutin harian bersama. Apabila cinta hadir tanpa dijangka, apakah keegoan seorang lelaki akan tunduk kepada kuasa cinta? Menyusuli Kisah Cinta, saksikan drama romantik komedi, ‘DIANDRA’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi, mendapat sentuhan kreatif daripada penulis skrip, Shuhadatul Ain Zakaria juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong dan ramai lagi. Read more →