Sempena meraikan ulangtahun kesepuluh Bulan Bintang, sebuah pertunjukan fesyen dengan tema Sedekad Menyinar telah diadakan pada 2 Februari 2025 bertempat di KL Convention Center, Kuala Lumpur. Pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini menampilkan koleksi raya “ready-to-wear” (RTW) untuk seisi keluarga merangkumi baju melayu pelbagai pilihan potongan beserta koleksi pakaian raya sedondon untuk wanita dan kanak-kanak dengan lebih 70 pilihan warna. Terbaharu, Bulan Bintang mengumumkan koleksi Baju Melayu dengan tiga pilihan potongan Slim Fit, Tailored Fit dan Traditional Fit serta penggunaan kain yang lebih lembut, ringan, sejuk dan jahitan yang kemas untuk digayakan sepanjang hari. Sebagai jenama yang inklusif, koleksi kali ini ditawarkan dengan pilihan saiz sehingga 8XL dan pelbagai pilihan kurta. Read more →
Tag: Aiman Hakim Ridza
(HIBURAN) Sesi Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)
TV3 dan TV9 mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar di Malaysia iaitu Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL). Bertujuan untuk memartabatkan industri drama tanah air dan menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, penulis skrip, komposer dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional. Selain itu, DFKL menjadi platform untuk mencari pelapis-pelapis baharu yang bakal memacu masa depan industri drama tanah air. Read more →