Tag: Yuzz Murai

(HIBURAN) ‘ASTRO SHAW LANCAR RANGKAIAN PROMOSI POLIS EVO’

 IMG_4547

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2015 – Kemunculan filem-filem Astro Shaw bagi tahun 2015 ternyata merancakkan lagi industri perfileman Malaysia. Terbaru, pasti para peminat filem aksi sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaru Astro Shaw iaitu Polis Evo! Bagi menghangatkan lagi bahang filem Polis Evo yang akan menjengah di layar perak pada 17 September 2015 nanti, Astro Shaw selaku penerbit telah merangka langkah promosi dan pemasarannya secara menyeluruh menerusi trailer rasmi filem, muzik video, sesi jelajah, aplikasi permainan, laman sesawang dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Rangkaian promosi yang secara menyeluruh ini diharap dapat membantu mengubah industri perfileman tempatan ke arah satu paradigma yang baru dan menghidupkan kembali filem tempatan setanding dengan filem luar.    Read more →