Bertempat di Pasaraya TLC , One Shamelin Shopping Mall telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama penyanyi Ery Ma’arof. Majlis yang mendapat tajaan pihak pasaraya besar TLC, K City Family Karaoke serta Aras Iriaz Entertainment ini turut sama menjemput para pelanggan bertuah serta anak-anak yatim dari rumah kebajikan Mary Setapak,Kuala Lumpur. Di majlis ini, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya majlis berbuka puasa bersama Ery Ma’arof dan artis naungan beliau iaitu Mazlan Hamzah serta diikuti dengan selingan acara nyanyian mereka berdua disamping acara cabutan bertuah hadiah-hadiah sumbangan Pasaraya TLC, K City Family Karaoke , Aras Iriaz Entertainment dan banyak lagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh pengurus besar pasaraya TLC iaitu Mr Stanley Yee dan pengurus pasaraya TLC One Shamelin Shopping Mall iaitu Ms Selina Mok serta dihadiri oleh Mr. Patrick Chan yang mewakili K City Family Karaoke . Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) ERA fm RAIKAN ULANGTAHUN YANG KE 15
Tanggal 1 Ogos titik bersejarah buat radio yang popular dengan tagline Muzik Hit Terbaik ini! Kerana, ERA fm pada tahun ini genap berusia 15 tahun! ERA fm, salah sebuah radio yang beroperasi di bawah payung Astro Radio, mencatat sejarah kerana menjadi stesen radio swasta pertama bersiaran dalam Bahasa Malayu sejak ditubuhkan pada 2008. Terbukti, radio yang mempersembahkan pelbagai program menarik menepati citarasa pendengar masa kini, masih lagi menjadi pilihan masyarakat Malaysia berumur 18 hingga 34, apabila dapat mengekalkan takhta mereka sebagai stesen radio nombor satu sehingga hari ini. Bersempena bulan yang mulia ini, pelbagai acara menarik bakal di sampaikan khas oleh keluarga serta barisan penyampai – penyampai ERA fm bagi menyemarakkan lagi lebaran pada tahun ini. Read more →
(HIBURAN) SETIA HUJUNG NYAWA RAYA’
Selepas drama siri slot Akasia, Setia Hujung Nyawa berjaya mencetuskan satu fenomena pada awal tahun lalu, pasti ramai yang merindui drama romantik lakonan Amar Asyraf dan Nelydia Senrose ini. Menjelang Hari Raya Aidilfitiri yang bakal diraikan pada 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434, TV3 akan mempersembahkan drama Setia Hujung Nyawa Raya khas buat peminat drama terbitan Suhan Movies ini. Read more →
(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG RAYA
Berakhirnya ramadan yang suci ini, kita bakal meraikan Syawal yang mulia. Sanak saudara pasti berkumpul sambil bergembira menyambut syawal. Sambil berkumpul tidak lupa juga menyambut para tetamu yang turut datang bertandang, antaranya yang bakal bertandang kerumah adalah anak didik bintang mencari bintang yang bakal menceriakan ruang tamu anda.
Bintang Mencari Bintang baru melabuhkan tirainya Jun lalu dengan menobatkan anak didik Harun Salim Bacik, ACHEY, sebagai Juara Bintang Menjadi Bintang Musim Pertama. Bakat kesemua anak didik Bintang Mencari Bintang ini dipertengahkan lagi dan tidak terhenti disini, TV3 memberikan mereka satu program istimewa sebagai hadiah kepada peminat mereka bersempena aidilfitri dengan Bintang Mencari Bintang Raya.
Bakal tertera dikaca TV3 pada Raya Kesembilan, bermula jam 9.00 malam, Bintang Mencari Bintang Raya yang berdurasikan 1 jam, dihoskan oleh Johan BMB ACHEY & Naib Johan BOCIK. Turut dibintangi oleh Titan, Tapaw, Gegau, Kelawak, Tocai, Ajo, Big Too, Awok, Bowl, XOXO, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Faizal Ismail, Senario, Raja Azura, Sabri Yunus Read more →
(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa & Sambutan Ulang Tahun Ke 2 IndoPek
Broadway Media telah mengadakan “Majlis Buka Puasa & Ulangtahun ke-2 Indopek”. Di samping itu, “Tayangan Program Istimewa” sempena Aidilfitri turut ditayangkan kepada pihak media antaranya “BorakNgomong” dimana kumpulan Saywho berborak bersama artis-artis jemputan (Shiro,Angah Raja Lawak,Tauke & Yus Jambu, Tasya Syilla,Didie Alias, Zul Yahya dan ramai lagi) manakala program “Judika&Friends”




