(HIBURAN) Dayang Nurfaizah live at The Venue, Pavilion KL

Spread the love

DYANG smallCROP

Dayang Nurfaizah, bintang R & B Malaysia, bersedia untuk memukau  peminat-peminatnya bertempat di The Venue, Pavilion KL pada 23 Jun 2013, jam 8.30 malam. Sukar untuk dipercayai, tetapi penyanyi yang berasal dari Kuching ini telah melibatkan dirinya dalam industri muzik sudah 14 tahun, dan melalui persembahan khas ini, Dayang ingin memberi penghargaan beliau atas segala sokongan peminatnya yang telah diterima selama ini. Dayang berkata, “Kasih dan sokongan peminat-peminat teramat bermakna pada saya, kerana dengannya, saya masih dapat meneruskan kembara saya dalam arena muzik.”

 DYANG small

Pada malam intu, peminat semestinya akan terhibur dengan gandingan pemuzik terbaik Malaysia, di bawah pimpinan Jenny Chin, yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Penonton akan tentunya tidak sabar untuk bersama dengan Dayang pada malam itu, kerana Dayang yang sememangnya terkenal dengan persembahan “live” beliau. Persembahan khas ini menjanjikan kelainan dalam persembahannya. “Lebih intim, lebih ‘personal’, lebih Dayang..”, ujar Dayang.

Dayang yang sentiasa tampak anggun dan bergaya menambah, “Saya amat teruja dantidak sabar rasanya untuk bersama dengan semua peminat-peminat pada malam itu. Sebagai bonus, saya akan menyanyi lagu ‘Bisikan Rindu’, lagu tema dari drama bersiri Astro Mustika – Dahlia ”.

Persembahan khas ini menjanjikan yang terbaik dari Dayang yang akan membawakan lagu-lagu yang telah dipilih dengan teliti dari album beliau, termasuk juga beberapa lagu cover . Bayaran masuk untuk persembahan istimewa ini adalah RM70 (termasuk satu minuman ringan). Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 2143 3022 / 03 2110 2800


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *