(HIBURAN) ELIZABETH TAN MELANCARKAN MUZIK VIDEO UNTUK LAGU TABAH

Spread the love

elizabeth-tanrszaNama Elizabeth Tan tidak lagi asing dalam industri muzik tempatan. Gadis berusia 22 tahun ini mula terkenal di laman YouTube dengan video cover lagu ‘Havoc’ yang menjadi ‘viral’ di penghujung tahun 2013. Beliau kemudian ditandatangani oleh Paranormal Talents pada awal tahun 2013 dan hasil kerjasama Paranormal dengan Faithful Music selaku label, beliau mengeluarkan single pertama berjudul Knock Knock.

Elizabeth juga mendapat gelaran Penyanyi Wanita Baharu Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2015 di samping layak ke Anugerah Juara Lagu bersama lagu Knock Knock. Beliau kemudian mengeluarkan single ke-2 berjudul Setia, di mana beliau berduet bersama mentor beliau Faizal Tahir. Tabah merupakan single ke-3 Elizabeth Tan keluaran Faithful Music. Lagu tersebut ditulis oleh Elizabeth sendiri bersama dengan penulis lagu terkemuka Audi Mok dan Shazee Ishak dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Muzik video Tabah di taja oleh Mon Space (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diketuai oleh Dato’ Seri Dr. Jessy. JP. Beliau merupakan seorang usahawan yang berkaliber dan mempunyai aspirasi untuk membantu individu yang berbakat untuk merealisasikan impian, meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi. Mon Space Media Entertainment merupakan salah sebuah anak syarikat Mon Space Group yang juga terlibat dalam perlabagi projek produksi termasuklah drama, drama bersiri web, filem dan juga muzik video.

Elizabeth Tan diurus oleh Paranormal Talents, sebuah syarikat pengurusan bakat terkemuka di Malaysia yang kini juga mula mengorak langkah ke Singapura dan Indonesia. Di samping Elizabeth, Paranormal juga menguruskan pelakon, hos dan penyanyi-penyanyi terkemuka tanah air. Paranormal merupakan sebuah anak syarikat Paranormal Group yang melalui anak syarikat lain juga menawarkan perkhidmatan ‘Influence & Content Marketing’, penghasilan video dan juga rakaman serta pengagihan muzik. Paranormal memulakan operasi di Malaysia pada April 2012


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *