(HIBURAN) Filem ” KIL ”

Spread the love

IMG_1666Filem KIL yang pada asalnya hanyalah sebuah projek indie diantara 3 sahabat baik Nik Amir Mustapha, Rewan Ishak & Jeremy Little ini berjaya menarik minat pihak penerbit Grand Brilliance untuk dibawa terus ke layar perak yang akan ditayangkan pada 30 Mei 2013. KIL memulakan penggambaran pada May 2011 selama 11 hari menggunakan kamera Canon DLSR 5D Mark II.  Sejurus selepas penggambaran, pihak produksi melancarkan trailer di Youtube & Facebook.  Ia mendapat reaksi yang positif dari penonton.  Bermula sebagai sebuah filem indie, KIL kemudiannya menjadi salah satu filem yang dinanti-nanti di Malaysia.  KIL melalui proses pasca produksi dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2012.

IMG_1664

SINOPSIS

Akil, seorang pemuda pendiam dan menghadapi tekanan hidup mengambil langkah mudah untuk membunuh diri sebagai jalan penyelesaian mengakhiri kehidupannya.  Walaupun telah banyak kali mencuba untuk membunuh diri tetapi tidak pernah berhasil.  Suatu hari, Akil menemui iklan mengenai sebuah organisasi ‘ Life Action Bureau ‘ (LAB) yang dapat membantunya mencapai matlamat untuk menamatkan riwayat hidupnya.  Setelah terikat dengan terma dan syarat dengan LAB, Akil telah bertemu dan jatuh cinta dengan Zara, seorang gadis cantik dan periang yang telah memberikannya sebab dan sinar baru untuk meneruskan kehidupannya di dunia.  Kini, Akil perlu mencari jalan penyelesaian untuk membatalkan perjanjian dengan LAB sebelum dia di bunuh!

PELAKON

Redza Minhat                 – Akil

Cristina Suzanne             – Zara

Harun Salim Bachik         – Konsultan

Hasnul Rahmat                – Johan Iskandar

Dira Abu Zahar                – Salina

Anne James                    – Mrs Jasmine

Atilia Haron                     – Isteri Johan

Raja Nor Baizura             – Ibu Akil.

Juliana Evans                 – Pelajar Sekolah

Aidil Rusli                        – Aidil Manjalara

Anuar Zakri                     – Boss

KIL Finalsmall

KIL 1small KIL 2small


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *