(HIBURAN) ‘GIVING BACK TO THE COMMUNITY’ ALTIMET, AWl RAFAEL & FRIENDS

Spread the love

IMG_20160605_211202Bersempena dengan menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia dan pasca kejayaan lagu ‘Kalau Aku Kaya’ oleh Altimet dan Awi Rafael yang telah berjaya terjual sebanyak 1 juta unit muat turun ring back tone (RBT), Warner Music Malaysia dan Kartel Records buat julung kalinya telah bekerjasama dengan Kementerian Wilayah Persekututan, Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk meraikan saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik dari Pusat Transit Gelandangan, Kuala Lumpur.

Kerjasama ini merupakan terbitan idea daripada Altimet dan Awi Rafael sendiri yang ingin berkongsi dan menyumbang semula kepada masyarakat. Oleh yang demikian, pihak Warner Music Malaysia dan juga Kartel Records selaku syarikat rakaman yang dinaungi mereka telah bersemuka dan berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL dan MRCB untuk merealisasikan impian murni Altimet dan Awi Rafael tentang aktiviti yang boleh dilakukan di Pusat Transit Gelandangan ini.

IMG_20160605_211323Kepada yang belum tahu, pembinaan pusat transit berkeluasan 1,319 meter persegi itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) dengan kos RM3 juta dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan penghuni.

Bangunan tiga tingkat ini mempunyai kemudahan asas seperti ruang penginapan yang mampu menampung 250 orang. la juga mempunyai kemudahan asas seperti bilik mandi, tandas, bilik dobi, ruang makan, tempat agihan makanan, surau, bilik rawatan, bilik OKU dan bilik simpanan barang.
Pusat ini berperanan sebagai pusat sehenti yang menyediakan penginapan sementara kepada golongan gelandangan di bandaraya Kuala Lumpur. Di sini, kebanyakan penghuni menjalani kehidupan seharian seperti biasa kerana mereka masih lagi pergi bekerja setiap hari. Pusat ini turut menempatkan pakaian-pakaian yang disumbangkan oleh para dermawan dan badan­ badan bukan kerajaan juga turut menyediakan makanan setiap hari untuk semua penghuni.

Majlis ‘Giving Back to the Community – Altimet, Awi Rafael & Friends’ ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Sani bin Hj. Mistam dan juga Setiausaha Bahagian (Perancangan Dasar), YBhg. Dato’ Omairi bin Hashim untuk memberi sokongan terhadap usaha kecil ini.

Ini merupakan langkah kecil daripada kami untuk memberi kesedaran tentang rakan-rakan kita yang kurang bernasib baik ini. Joe’s Barbershop turut serta turun padang dengan memberi khidmat menggunting rambut secara percuma kepada gelandangan lelaki dan juga penyerahan sumbangan ikhlas dari pihak Altimet, Awi Rafael dan rakan-rakan artis yang lain kepada wakil kementerian bagi pihak PusatTransit Gelandangan, Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, bagi meraikan gelandangan dari Pusat Transit Gelandangan ini, mereka juga dihiburkan dengan persembahan ringkas dari barisan artis seperti Awi Rafael dan Altimet sendiri, PaySlipdan juga Aziz Harun.

Akhir kata, kami dari pihak Warner Music Malaysia dan juga Kartel Records amat berterima kasih kepada pihak Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL kerana sudi memberi peluang kepada kami untuk melaksanakan program khidmat masyarakat seperti ini. Semoga dengan adanya program seperti ini, Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ini akan mendapat lebih sokongan dan perhatian dari pihak yang ingin membantu mereka dengan ikhlas. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Samada baik atau pun buruk, terletak bagaimana usaha yang dipertaruhkan. Bersikap positif dan selalu optimis, sudah pasti menjadi kunci kejayaan Altimet dan Awi Rafael didalam berkarya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *