(HIBURAN) INFINITI CINTA bukti keserasian Zizan dan Kaka

Spread the love

IMG_0188Fenomena lagu “Bawaku Pergi” di dalam industri muzik tempatan telah membuktikan kolaborasi antara Zizan dan Kaka menjadi. Terbaru pasangan DUO ini sekali lagi bergandingan untuk lagu terbaru mereka yang berjudul ” Infiniti Cinta”. Sejak dilancarkan pada hujung bulan Jun lalu, lagu ini tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berada di puncak carta dan menjadi siulan pendengar.
IMG_0189

Single kedua bersama Kaka ini merupakan hasil nukilan Zizan bersama Aris menerusi penulisan liriknya manakala lagu tersebut digubah oleh komposer Audi Mok dan Omar K. Sementara itu muzik video lagu ini diarahkan Ghaz Abu Bakar yang memaparkan Kuala Lumpur seolah-olah kota New York.  Bercakap mengenai peruntukan kos dan masa diambil untuk menyiapkan video muzik ini, Ghaz menjelaskan kos nya lebih RM50K tetapi tidak melebihi RM100K secara berteka teki, manakala masa yang diambil dalam tempoh 3 hari pengambaran dan sebulan untuk proses editing.  Tambah Ghaz lagi, rakaman tersebut dibuat pada bulan puasa.

zizan kaka infinitismall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *