Tag: zizan

(HIBURAN) ZIZAN FEATURING SONAONE –  CHENTAKU

Zizan Razak anak kelahiran Terengganu ini merupakan seorang pelawak, pengacara, pelakon dan juga rapper yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia. Kariernya bermula apabila beliau menyertai program terbitan Astro iaitu Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007 dan memperolehi kemenangan tempat kedua. Kemudian, beliau melebarkan bakatnya pula ke bidang lakonan di mana beliau telah membintangi beberapa buah filem dan drama antaranya Cicakman 3, Polis Evo, KL Gengster 2 dan Oh My Ganu. Bakatnya tidak terhenti disitu sahaja kerana beliau telah ditawarkan pula untuk menjadi pengacara bagi program Akademi Fantasia 2015, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2015/2016, Anugerah MeleTOP Era 2015 dan banyak lagi. Read more →

(HIBURAN) “Mahaguru Spontan” bakal dipentaskan di Istana Budaya

img_2092

Comedy Planet dan Vision Works membawakan kepada anda Gabungan pemain-pemain spontan terhebat di Malaysia. ‘MAHAGURU SPONTAN’ live di Istana Budaya. Persembahan Spontan 100% interaktif pertama di Istana Budaya. Anda yg menentukan apa yg kami buat di pentas!!!
Dibintangi oleh mahaguru Johan, Zizan, Dato’ AC Mizal, Abam, Achey, Fad, Douglas Lim, Rashid Salleh, Kuah Jenhan dan di Hoskan oleh Afdlin Shauki.
Mempersembahkan mahaguru  jemputan dari gunung tahan Dato’ Siti Nurhaliza!!!
Jangan lupa! Saksikan persembahan live yang paling barai dan paling hebat tahun ini!
Masa   : 3 petang dan 8 Malam
Tarikh : Sabtu 22 oktober dan
                Ahad 23 oktober
4 persembahan eksklusif sahaja!!
PERHATIAN:
Dato’ siti tidak akan ada utk persembahan hari sabtu 22 oktober pukul 3 petang.
Abam tidak akan ada utk persembahan 23 oktober pukul 3 petang dan 8 malam.
Douglas Lim tidak akan ada utk persembahan sabtu 22 oktober pukul 8 malam.
Tiket melalui whatsapp:
Mari kita Berspontan di istana budaya!!

(HIBURAN) Pelancaran Filem ‘ABANG LONG FADIL 2’

IMG20151113211526cropfinal

KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2015 – Skop Productions Sdn Bhd dengan usahasama Astro Shaw Sdn Bhd hari ini melancarkan ABANG LONG FADIL 2, karya asal, skrip dan arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Read more →

(HIBURAN) ADIWIRA oleh Zizan dan KRU

ADIWIRA

Adiwira dikenali dengan sifat keberanian dan kebolehan yang tidak terdapat pada manusia biasa. Cicakman merupakan adiwira yang tidak asing bagi penggemar filem tempatan. Setelah 7 tahun selepas Cicakman 2 – Planet Hitam diterbitkan pada tahun 2008, kini KRU Studios kembali menggegarkan industri perfileman tempatan dengan menerbitkan “Cicakman 3” lakonan Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz  yang akan berada di pawagam pada 12 Mac 2015. Read more →

(HIBURAN) Keputusan Penuh Anugerah Meletop Era 2014

zizan ame2014crop-horzGMO

Malam kemuncak Anugerah Meletop kali pertama telah berlangsung dengan jayanya dengan menobatkan Zizan Razak dan  Zara Zya sebagai pemenang anugerah utama bagi kategori Anugerah Meletop ERA (Lelaki dan Wanita). Majlis yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil turut sama menyaksikan Zizan Razak  mengungguli senarai pemenang Anugerah Meletop ERA 2013 dengan 4 kategori termasuklah kategori Anugerah To-Top Meletop (Lelaki) 2013. Selain Zizan, Hafiz Suip, Nabil dan Zara Zya antara calon yang memenangi lebih dari satu anugerah.  Sebanyak 17 kategori undian dipertandingkan pada malam Anugerah Meletop Era 2014. Siaran langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria dan Astro Maya bermula pada pukul 9.30 malam. AME diacarakan oleh gandingan Dato’ AC Mizal bersama Neelofa dan Nabil Ahmad.  Read more →