(HIBURAN) J REVOLUSI – FILEM AKSI TERGEMPAR 2017

Spread the love

j-revolusi-2017-filem

Petaling Jaya, 21 November 2016 –  Primeworks Distribution dengan bangganya mengumumkan pelancaran teaser treler filem aksi yang bakal menggemparkan 2017 iaitu J Revolusi buat pertama kalinya Jumaat lepas di Anugerah Skrin yang telah berlangsung secara gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya. 

2m8a1563 2m8a1573Sebuah produksi Infinitus Productions dan Grand Brilliance, filem yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar ini dibintangi oleh hero Malaysia yang juga Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem ke-26 Malaysia (FFM 26), Zul Ariffin, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Tribute P.Ramlee 2015, Izara Aishah, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem ke-27 Malaysia (FFM 27), Nur Fazura dan bintang versatile lagi berbakat, Farid Kamil.

2m8a4993 2m8a4832J Revolusi mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang pegawai UTK (Unit Tindakhas). Jay dan pasukan operasinya sangat terlatih dan amat digeruni pengganas negara. Apabila adik perempuan Jay, Dian (Nur Fazura), seorang ejen yang dalam penyamaran, ditangkap oleh pengganas misteri yang memerangkap Jay dengan tuduhan membunuh ahli kumpulannya, Jay perlu bertindak melawan masa untuk menyelamatkan adiknya dan membongkar rahsia lelaki yang tekad menghancurkan Jay.

Turut membintangi filem J Revolusi adalah Azad Jazmin dan Iedil Putra. Filem ini turut menampilkan penampilan khas daripada para profesional One Championship Mixed Martial Arts (MMA), Peter Davis, Saiful Merican, Jenathan dan Davron.

2m8a4249 2m8a4134J Revolusi yang dijadualkan bakal menemui penonton-penonton di pawagam seluruh negara pada Mac 2017 dilihat sebagai sebuah filem aksi yang sarat dengan adegan yang cukup mendebarkan untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Untuk makluman lanjut mengenai J Revolusi, sila layari www.facebook.com/grandbrilliance atau ikuti kami di laman sosial Twitter dan Instagram di https://twitter.com/GrandBrilliance dan @grandbrilliance.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *