(HIBURAN) Kadar tontonan ntv7 meningkat menerusi dua produksi blokbuster tempatan

 image003

Suku tahun ketiga tahun ini menyaksikan Saluran Ceria Anda, ntv7 berjaya menarik ramai penonton Malaysia untuk memilih stesen itu menerusi dua buah drama produksi tempatan – The Undercover dan The Game 2.

Tahun ini, drama bersiri The Undercover berjaya mengutip rating tertinggi buat saluran itu menerusi slot waktu perdananya pada jam 9.30 malam dengan peratusan perkongsian penonton berbangsa Cina 4+ sebanyak 42% sepanjang 30 episod siarannya. Siri itu mendapat sambutan yang paling memuncak bermula episod ke-16 dengan hampir 700,000 penonton di mana ia mewakili peratusan 48% bagi perkongsian penonton Cina 4+. Drama bersiri itu disiarkan sempena ulang tahun ke-15 ntv7 serta membariskan nama besar pelakon Cina tempatan seperti Adrian Tan, Aenie Wong, Karena Teo dan Ernest Chong yang juga merupakan drama bersiri top pada bulan Ogos lapor Kajian Media Nielsen.

Drama realiti – The Game 2 – juga meneruskan kejayaan seperti drama pertamanya tahun lalu. Drama realiti dengan konsep segar itu disiarkan selama dua jam dan dilakonkan tanpa menggunakan skrip. Drama itu disiarkan sempena Festival Hantu Lapar pada 20 Ogos dan berjaya menarik seramai hampir 600,000 penonton iaitu 45% perkongsian peratusan penonton Cina 4+ (2% lebih daripada rekod drama pertamanya). Manakala platform di atas talian (online) turut menerima sambutan baik seperti drama The Game yang pertama iaitu sebanyak 7,000 pengunjung dalam masa hanya beberapa hari.

The Game 2 membuktikan bahawa ia merupakan sebuah drama revolusi kerana popularitinya menerusi sosial media memberikan impak yang kuat kerana konsepnya yang berbeza. Perbincangan menerusi Facebook mengenai konsep dan isu siapakah yang menjadi pembunuh sebenar juga meningkat sebanyak 800% sepanjang dua minggu. Berdasarkan statistik yang ditunjukkan di laman rasmi Facebook The Game 2, peminat yang menekan butang “Like” juga meningkat 200%.

 “Bagi meraikan ulang tahun ke-15 ntv7 tahun ini, ntv7 telah menghasilkan sebuah drama yang penuh kelainan menerusi The Undercover yang disuntik dengan pelbagai emosi seperti kemarahan, cinta dan kesetiaan di mana watak polis pula berkait rapat dengan watak pemberi maklumat serta terpaksa membahayakan diri dalam dunia jenayah. Konsep ini menjadikan drama ini penuh dengan kejutan dan membuatkan penonton untuk terus mengikuti drama ini,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

 

 “Sementara itu, The Game 2 merupakan sebuah drama realiti yang tidak mempunyai skrip dan pastinya tidak terlepas menjadi perhatian penonton yang sukakan konsep segar apatah lagi mereka sukar untuk menduga watak kegemaran mereka. Ternyata usaha keras pengarah dan para pelakonnya berbaloi serta mampu menarik lebih ramai penonton. Kajian juga menunjukkan bahawa drama ini telah memberikan impak yang kuat kepada para penonton di Malaysia,” tambah Airin.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Saluran Ceria Anda di www.ntv7.com.my, serta ikuti laman Facebook ntv7Chinese, ntv7localdrama, laman rasmi FacebookThe Game 2 dan laman Weibo ntv7. Rancangan ntv7 juga boleh ditonton di www.tonton.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *