Tag: dua

(SEMASA) NANTIKAN MALAM INI, DUA LAPORAN KHAS DI TV3

9:00 MALAM : EKSKLUSIF TV3 – LAMBAIAN TIDAK KESAMPAIAN

10:00 MALAM : 999 – LUBUK PENDATANG TANPA IZIN CYBERJAYA

Petaling Jaya, 15 Jun 2021 – PKP 3.0 disambung lagi sehingga ke 28 Jun 2021. Jangan gusar, pastikan anda kekal selamat di rumah sambil menonton dua laporan khas di TV3 selama dua jam berturut-turut malam ini dari pukul 9.00 malam.  Read more →

(HIBURAN) Dua Persembahan Tambahan Untuk Hi-5 House Hits 2014 Bagi Memenuhi Permintaan Yang Luar Biasa

Hi4-poster20x30

Kumpulan muzik kanak-kanak paling laris, Hi-5 diakui sangat  popular di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Sejak tarikh persembahan. Hi-5  House Hits 2014 Live in Malaysia diumumkan penghujung September lalu, sambutan  yang diterima daripada peminat tempatan sangat menggalakkan dan mencetuskan  fenomena. Bagi memenuhi permintaan mereka yang ingin mendapatkan tiket  persembahan kumpulan berkenaan, penganjurnya, Hi-5 Operations telah menambah dua lagi persembahan iaitu pada jam 11 pagi, 11 Disember dan 6 petang untuk persembahan 14 Disember dan menjadikannya 11 persembahan untuk tontonan khalayak. Ini merupakan sebuah berita yang sangat menggembirakan dan melegakan buat kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka apabila mempunyai peluang keemasan untuk merasai sendiri pengalaman dihiburkan dengan persembahan unik dan muzikal yang penuh ekstravaganza. Read more →

(HIBURAN) Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta dalam “KALIMAH JIWA”

Barisan pelakon utama Kalimah Jiwa

Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya… Read more →

(HIBURAN) Kadar tontonan ntv7 meningkat menerusi dua produksi blokbuster tempatan

 image003

Suku tahun ketiga tahun ini menyaksikan Saluran Ceria Anda, ntv7 berjaya menarik ramai penonton Malaysia untuk memilih stesen itu menerusi dua buah drama produksi tempatan – The Undercover dan The Game 2.

Tahun ini, drama bersiri The Undercover berjaya mengutip rating tertinggi buat saluran itu menerusi slot waktu perdananya pada jam 9.30 malam dengan peratusan perkongsian penonton berbangsa Cina 4+ sebanyak 42% sepanjang 30 episod siarannya. Siri itu mendapat sambutan yang paling memuncak bermula episod ke-16 dengan hampir 700,000 penonton di mana ia mewakili peratusan 48% bagi perkongsian penonton Cina 4+. Drama bersiri itu disiarkan sempena ulang tahun ke-15 ntv7 serta membariskan nama besar pelakon Cina tempatan seperti Adrian Tan, Aenie Wong, Karena Teo dan Ernest Chong yang juga merupakan drama bersiri top pada bulan Ogos lapor Kajian Media Nielsen.

Drama realiti – The Game 2 – juga meneruskan kejayaan seperti drama pertamanya tahun lalu. Drama realiti dengan konsep segar itu disiarkan selama dua jam dan dilakonkan tanpa menggunakan skrip. Drama itu disiarkan sempena Festival Hantu Lapar pada 20 Ogos dan berjaya menarik seramai hampir 600,000 penonton iaitu 45% perkongsian peratusan penonton Cina 4+ (2% lebih daripada rekod drama pertamanya). Manakala platform di atas talian (online) turut menerima sambutan baik seperti drama The Game yang pertama iaitu sebanyak 7,000 pengunjung dalam masa hanya beberapa hari. Read more →