(HIBURAN) KRISHEN JIT-ASTRO Anugerahkan Geran Kepada Penggiat Seni Tempatan Untuk Tahun 2013

2

Astro terus komited dalam menyokong karya-karya kreatif pelbagai bidang seni yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia melalui Dana Krishen Jit – Astro semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2006. Dana Krishen Jit – Astro telah diperkenalkan oleh Astro dengan kerjasama daripada Five Arts Centre untuk memperingati mendiang Krishen Jit dan ia bertujuan untuk menganugerahkan sumbangan bantuan kewangan kepada para penggiat seni terpilih  dalam membantu untuk meneruskan kerja kreatif nukilan mereka. Krishen seorang yang sangat komited di dalam penghasilan karya dan menjadi salah satu objektif beliau untuk meraikan rangkaian nukilan kreatif asli anak tempatan dalam apa jua aspek kesenian dengan variasi cara dan alternatif.. 

1

Krishen Jit sememangnya seorang aktivits seni yang terkenal dengan penghasilan naskah seni tanah air terutamanya seni persembahan teater yang menyatukan lingkungan bidang kontra yang meluas. Beliau juga kerap mengilhamkan rangkaian projek yang mengetengahkan disiplin, kepelbagaian budaya dan bahasa serta eksperimentasi. Kepelbagaian hasil nukilan Krishen daripada fakta akademik ke amalan adat, tradisi dan budaya pop kontemporari, Hollywood atau Bollywood, arus perdana mahupun ‘indie’, ternyata beliau sentiasa menerapkan identiti Malaysia yang semakin berkembang di dalam setiap karyanya di samping menggalakkan para penggiat seni, penonton serta pembaca mengaitkan setiap kisah dengan kehidupan mereka dan juga masyarakat sekeliling.

 

Ini merupakan semangat yang cuba disampaikan melalui Dana Krishen Jit – Astro yang juga ditubuhkan untuk menyokong nukilan karya kreatif di Malaysia. Lantaran itu, Dana Krishen Jit – Astro telah dianugerahkan kepada bakat-bakat muda yang semakin menyerlah setiap tahun bagi membantu mereka untuk memupuk, menyokong serta membangunkan lagi industri seni tanah air.

 

Juri dan panel pemilihan bagi tahun 2012 terdiri daripada:

 

  • Dato’ Norliza Rofli – Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
  • Jolyn Gasper – Pembantu Naib Presiden Kanan, Tanggungjawab Sosial, Jabatan Hal Ehwal Komuniti Astro
  • Leow Puay Tin – Ketua Jabatan Pementasan dan Media, Sunway University
  • Ravi Navaratnam – Wakil daripada Five Arts Centre
  • Mac Chan – Wakil daripada Five Arts Centre

 

 

Astro dengan kerjasama daripada Five Arts Centre akan menganugerahkan sumbangan kewangan dalam bentuk geran bernilai antara RM2,000 sehingga RM20,000 untuk tahun ini kepada barisan penerima geran yang terpilih bergantung kepada projek yang diusahakan. Geran-geran ini adalah bagi tujuan bengkel latihan, program residensi, produksi eksperimental, kajian dan dokumentasi serta menghasilkan karya baru dalam bidang muzik, tarian, teater dan penulisan, visual serta seni persembahan.

 

Pada tahun ini, Dana Krishen Jit Astro telah menerima sebanyak 39 penyertaan yang meliputi projek dalam bidang tarian, teater, filem, dokumentasi video, penerbitan, seni visual, muzik, animasi, pendidikan dan hasil karya kepelbagaian disiplin.

 

___________________________________________________________________

 

 

 

PENERIMA GERAN 2013

 

FAISAL MUSTAFFA

Geran:                        RM10,000

Projek:            Penerbitan sebuah buku bertajuk ‘Malaysia Cinema in a Bottle: A Century (and a little bit more) of Wayang’, hasil nukilan Hassan Muthalib.

Buku ini bakal diterbitkan melalui kajian mendalam tentang sejarah pembikinan filem di Malaysia. Kajian ini bertajuk ‘Malaysia Cinema in a Bottle: A Century (and a little bit more) of Wayang’. Berbekalkan penyelidikan dan pengetahuan luas penulis, kami merancang untuk mengadakan satu pembentangan khas yang belum pernah dibentangkan mahupun di pusat pengajian filem. Kajian ini akan dibentangkan kepada para peminat dan penggiat filem.

FAISAL MUSTAFFA  merupakan seorang pengarah di Merpati Jingga iaitu sebuah syarikat penerbitan yang dimiliki beliau. Beliau juga merupakan seorang rakan kongsi dalam sebuah kumpulan teater radikal, Rumah Anak Teater. Beliau sangat aktif dalam mempromosikan hak kebebasan bersuara dan turut terlibat dalam promosi untuk filem KARAOKE dan Bunohan yang juga ditayangkan semasa festival filem antarabangsa. Faisal selaku seorang penerbit telah menerbitkan sebanyak 20 buah persembahan pentas dan sebuah filem bebas (Indie). Walaupun beliau mempunyai Ijazah Peringkat Sarjana dalam kursus Pengurusan Perniagaan (UKM), Faisal memulakan kerjayanya pada tahun 1998 sebagai seorang penulis bebas. Beliau pernah menghasilkan penulisan dalam bidang politik, isu alam sekitar dan hiburan yang dimuatkan dalam beberapa portal berita dan majalah termasuklah Malaysian Business, Garden Asia dan Majalah Tempo (Indonesia). Faisal juga merupakan seorang pembantu berparlimen kepada seorang Ahli Parlimen di kawasan Bukit Bendera dan Kelana Jaya. Beliau turut bertindak sebagai penyelaras bersama untuk senator di Dewan Negara dan bertanggungjawab untuk menyusulkan isu yang ingin dibangkitkan untuk perdebatan di Parlimen. Di bawah payungan syarikat penerbitan beliau, Merpati Jingga, Faisal telah menjadi editor

 

untuk beberapa buku yang ditulis oleh Meor Yusof Aziddin, Zahiril Adzim, Fared Ayam, Taj Addin, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim dan ramai lagi. Beliau juga pernah membentangkan kertas kerja beliau di Filipina, Indonesia dan Korea Selatan. Beliau turut terpilih untuk memantau proses pilihan raya di Indonesia (Aceh,2008). Faisal merupakan seorang penyelam tegar yang amat gemar meneroka alam akuatik.

Hubungi: admin@merpatijingga.com / +6 012 2290944

HASSAN ABD MUTHALIB ialah seorang artis, pereka grafik, juruanimasi, penulis dan pengarah. Beliau terlibat secara aktif dalam industri filem tempatan selama hampir 50 tahun dan beliau telah menghasilkan pelbagai siri animasi, iklan, dokumentari serta mengarahkan filem animasi pertama Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pensyarah sambilan untuk subjek visual dan animasi. Beliau telah mengendalikan pelbagai bengkel mengenai penyampaian cerita visual di dalam dan luar negara. Hassan dikenali sebagai Bapa Animasi Malaysia dan turut dianugerahkan sebagai Perintis Animasi Malaysia oleh Nanyang Technological University, Singapura. Beliau turut bertindak sebagai penulis kreatif dan pengkritik filem. Selaku seorang sejarawan dalam bidang filem dan animasi, beliau sering dijadikan sumber rujukan oleh ahli ilmiah dalam dan luar negara. Karya penulisan beliau tentang filem dan animasi sering dipaparkan dalam pelbagai buku, majalah dan jurnal akademik di luar negara. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Teknologi Kreatif oleh Universiti Teknologi Mara Malaysia atas pencapaian cemerlang beliau yang turut bertindak sebagai artisan dalaman UiTM. Buku hasil nukilan beliau mengenai sejarah animasi di Malaysia dan filem Malaysia akan diterbitkan pada tahun ini.

——————————————————————————————————-

 

MOHD AFIQ ARSHAD YAAKUB

Geran:            RM8,000

Projek:            Tepuk Amai-Amai – The School Project oleh Revolution Stage

 

Tepuk Amai-Amai – The School Project adalah satu inisiatif untuk membawakan teater/persembahan pentas ke beberapa buah sekolah. Projek ini merupakan satu langkah permulaan untuk sebuah projek yang lebih besar yang akan melanjutkannya ke projek ‘siri jelajah’. Tepuk Amai-Amai adalah satu teater eksperimentasi yang dilihamkan oleh Khairunazwan Rodzy bersama enam orang peserta “FIRST TIME WORKSHOP”. Tepuk Amai-Amai – The School Project akan mempersembahkan Tepuk Amai-Amai di sebuah sekolah terpilih dalam menyampaikan satu perkongsian idealogi kepada para pelajar, di samping mengumpul maklum balas daripada pihak pentadbiran sekolah untuk memulakan ‘siri penjelahan di sekolah’.

 

REVOLUTION STAGE telah ditubuhkan pada tahun 2006 oleh Khairunazwan Rodzy. Ia kemudiannya didaftarkan sebagai sebuah syarikat/produksi yang dianggotai oleh para graduan seni persembahan pentas daripada beberapa universiti seluruh Malaysia seperti Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UITM). Revolution Stage bertindak sebagai landasan dan medium untuk para belia yang mempunyai minat mendalam terhadap seni dan yang sewaktu dengannya.

 

 

Semenjak penubuhannya, Revolution Stage telah menyumbang secara aktif terhadap pembangunan industri seni persembahan terutamanya teater. Kumpulan ini diuruskan dengan baik dan dipantau secara sistematik hasil daripada pengalaman bertahun-tahun semasa pengajian bersama pengalaman yang amali yang diraih daripada produksi tempatan. Selain itu, Revolution Stage terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai variasi bakat  dengan latar belakang yang berbeza. Ini telah membantu kami dalam melaksanakan sebarang projek daripada sudut pandang berbeza serta menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan rangkaian produk kepada orang ramai dan/atau klien tertentu.

 

Hubungi: stagerevolution@gmail.com / + 6 017 9823272

 

——————————————————————————————————-

 

JEFFREY LIM

Geran:                        RM5,000

Projek:            KANTA, experiencing the living form of photography.

 

Projek ini adalah mengenai pencarian dan pengumpulan dokumentasi bentuk seni yang hidup dan mekanisme fotografi. Kanta adalah sebuah kamera segera yang serba lengkap dan melalui proses fotografi analog. Ia adalah cara yang paling komprehensif dan menjimatkan untuk menghasilkan sesuatu imej. Kanta yang turut membawa maksud lensa akan dihasilkan daripada sisa bahan-bahan yang tidak digunakan lagi. Di samping mengetengahkan proses menarik semasa pembikinan kamera ini, projek ini turut menyasarkan untuk memberi gambaran potret unik aktiviti harian masyarakat Malaysia. Proses percetakan dan kesan khas kamera yang seiring dengan subjek rakaman mewujudkan pandangan tentang diri kita sendiri yang menarik serta unik.

 

JEFFREY LIM dilahirkan dan membesar di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur. Beliau melibatkan diri dalam bidang muzik terlebih dahulu sebelum mengikuti pengajian di bidang seni dan reka bentuk di cenfad. Selesai sahaja pengajian, beliau menjalani latihan amali dan memulakan kerja di sebuah agensi reka bentuk tempatan, seterusnya bekerja di studio Dutch di Singapura. Kemudian, beliau kembali ke Kuala Lumpur untuk memulakan satu amalan fotografi yang tersendiri dengan misi untuk melakukan perubahan serta menjana revolusi dalam merubah tanggapan mengenai seni reka bentuk. Beliau juga mencuba untuk mencari identity tersendiri, lantas melaksanakan tanggungjawabnya kepada Malaysia.

 

Jeffrey Lim merupakan seorang pereka grafik dan mengusahakan studio 25 iaitu sebuah studio yang menjalankan aktiviti rekaan grafik, fotografi, percetakan, bilik gelap dan bengkel basikal. Beliau kini sedang mengendalikan beberapa projek seni dan reka bentuk antaranya projek Sign-making, Village Bicycle Workshop, Cycling KL map project dan kotak kamera segera.

 

Berbekalkan latihan sebagai pereka komunikasi, Jeff menerokai kehidupan di Kuala Lumpur melalui projek-projek, penyelidikan dan menghasilkan karya. Ini mencerminkan kefahaman beliau terhadap imbangan bentuk dan fungsi dalam konteks tempatan.

 

Hubungi: jeff@studio25.my / + 6 012 6199665

——————————————————————————————————-

 

YEOH SENG GUAN

Geran:                        RM6,000

Projek:            LABORING FIGURESSketsa dalam bentuk gambar dan antologi video mengenai beberapa invidu biasa yang berada di tempat kerja, rumah dan di pementasan serta rangkuman artikel dalam penerbitan ilmiah dan separa-ilmiah yang popular.

 

Projek ini memperlihatkan kehidupan 10 hingga 15 individu yang sering saya temui tetapi tidak diketahui sebarang maklumat mengenai kebimbangan, kesusahan dan sejarah peribadi mereka. Sebaliknya, mereka dilihat seakan bayangan dan pekerja biasa yang menyediakan pelbagai fungsi perkhidmatan dalam memberikan keselesaan kepada kehidupan kita.

 

Mereka ini terdiri daripada pemungut sampah Alam Flora, penjual surat khabar, lelaki yang berada di kedai teh tarik, pengawal keselamatan, juruteknik Astro dan sebagainya. Projek ini akan memaparkan bagaimana perjalanan kehidupan individu tersebut berkaitan dengan kehidupan saya dalam pelbagai cara.

 

YEOH SENG GUAN dilahirkan di Ipoh tetapi membesar di Seremban sebelum kembali ke kota kelahiran beliau. Beliau bersekolah di St. Paul’s Institution (Seremban) dan Anglo-Chinese School (Ipoh). Sebelum beliau memulakan pengajian sarjana muda, Seng Guan pernah khidmat sebagai guru di sebuah sekolah dan juga pelatih untuk penolong penilaian di Ipoh.Yeoh Seng Guan kini bertugas sebagai seorang pensyarah di School of Arts and Social Sciences, Monash University Malaysia. Beliau merupakan ahli antropologi moden yang menjalankan pelbagai kajian terutamanya mengenai perhubungan antara bandar, agama, media dan masyarakat sivil. Skop topik dan tapak kajian sebelum ini meliputi kawasan perumahan setinggan di Petaling Jaya, tempat ibadat suci di Penang, wilayah perdagangan kecil di Kuala Lumpur, kawasan jalanan di Baguio City (Filipina) dan Jakarta (Indonesia) serta pekerja asing Filipina yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Seng Guan yang merupakan pemegang sijil PhD dari University of Edinburgh, Scotland ini juga turut menghasilkan rangkaian dokumentari etnografi dari semasa ke semasa.

 

Hubungi: yeoh.sg@gmail.com / + 6 012 3222739

 

——————————————————————————————————-

 

MUN KAO

Geran:                        RM4,000

Projek:            MALAYSIA, THE GAME – papan permainan terbaru.

 

Malaysia, The Game adalah projek papan permainan yang diilhamkan oleh Munkao. Berkonsepkan papan permainan yang boleh disertai oleh beberapa orang pemain ini memerlukan strategi kerjasama pemain untuk berjaya. Para pemain akan memilih untuk menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai idealogi dan kepercayaan yang berbeza. Mereka akan cuba untuk menyelesaikan pelbagai krisis yang dihadapi semasa permainan sama ada melalui kompromi, perbincangan atau perjanjian. Pemain perlu menyelaraskan kepentingan mereka di slider nilai terletak di tengah papan permainan yang berfungsi sebagai barometer politik mewakili nilai-nilai berbeza dalam membentuk Malaysia. Pemain perlu mencapai pelarasan ini sebelum sampai ke kawasan matlamat bersama-sama untuk memenangi permainan tersebut.

 

MUN KAO lahir pada tahun 1982 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang penggiat seni visual dan pencipta permainan. Antara hasil kerja beliau yang megekalkan impak adalah kerjasama berterusan beliau dengan seorang Pakar Feng Shui, Master Chang untuk solo pertama beliau yang bertajuk “Feng Shui” pada tahun 2011 dan “Feng Shui Grafitti” pada tahun 2013 semasa Master Chang dan Munkao bekerjasama dengan artisan jalanan untuk menghasilkan campuran metafizik dalam ruangan awam. Pada tahun 2013, beliau telah menghasilkan permainan kad  di mana para pemain dikehendaki untuk menguasai satu sama lain dalam situasi ragam politik Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas bersama Center of Artful and Useful Recreation (Centaur) yang merupakan kajian inisiatif dalam pembangunan kelengkapan pendidikan berdasarkan prinsip ludic.

 

Hubungi: munkao@gmail.com / + 6 012 4272417

 

 

BINGKISAN SEJARAH PENERIMA GERAN

 

Pada tahun 2006, Dana ini telah menerima 80 penyertaan. Tiga penerima geran ialah:

  • Au Sow Yee untuk The 4th Dimension: Mapping The Imaginary Cinema, sebuah pemasangan filem dan persembahan.
  • Sharon Chin untuk Sensors: Banned Books & Other Monsters, sebuah pemasangan interaktif dan pameran.
  • Dr. Ray Langenbach – untuk Malaysian Performance Video Archives Project.

 

Pada tahun 2007, Dana ini telah menerima 27 penyertaan. Tiga penerima geran ialah:

  • Amir Muhammad untuk filem Punggok Rindukan Bulan.
  • Hardesh Singh dan CH Loh untuk anthologi CD Faith Hope Chaos: Malaysian Contemporary Music Vol. 1.
  • Lim Kok Yoong untuk Let Arts Move You, sebuah pameran dan projek khidmat seni beberapa buah stesen keretapi dan komuter.

 

Pada tahun 2008, Dana ini telah menerima 47 penyertaan. Empat penerima geran ialah:

  • Carolyn Lau untuk pameran The Light Show.
  • Chris Chong untuk filem Karaoke.
  • Fahmi Reza untuk projek dokumentasi Projek Hari Hartal.
  • FINDARS untuk rangkuman The Rain Project, siri pembentangan seni eksperimentasi bulanan.

 

Pada tahun 2009, Dana ini telah menerima 59 penyertaan. Lima penerima geran ialah:

  • Beverly Yong untuk sebuah buku esei mengenai kesenian Malaysia.
  • Fauzi Yusoff untuk sebuah dokumentari audio-visual berjudul Satu Hari.
  • Pentas Project untuk A Word in A Year, sebuah kerjasama projek teater.
  • KongHwee and Ying untuk sebuah buku cerita bertajuk Orang Asli Animal Tales.

 

  • Tan Nan See untuk pameran solo alternative bertajuk Artist Sojourn.

 

Pada tahun 2010, Dana ini telah menerima 60 penyertaan. Empat penerima geran ialah:

  • Ho Sheau Fung, Aida Redza and Lisa Foo (Ombak-Ombak ARTStudio) untuk River Art Project.
  • Chong Sheau Ching (Corpcom Services Sdn Bhd) untuk A Portrait of Perseverance, sebuah projek jurnal video wanita.
  • Suzy Sulaiman (Re-cap) untuk Digital Architecture Heritage Trail: Suffolk House, Penang.
  • Adrian Pereira untuk Desa Mentari Youth Project, sebuah projek seni kemasyarakatan.

 

Pada tahun 2011, Dana ini telah menerima 42 penyertaan. Lima penerima geran ialah:

  • Kok Siew Wai untuk KLEX 2011, Festival Eksperimentasi Filem Dan Video Kuala Lumpur Kedua.
  • Amanda Leonie untuk dokumentasi video mengenai amalan budaya penduduk kampung di Kg. Terian.
  • Christine Yun May Yong untuk Rhythm In Bronze Collaboration Project.
  • Foo Fei Ling untuk If It Is Not Now, Then When? – sebuah filem dari James Lee.
  • Lau Chee Shyong untuk sebuah filem animasi, Lagenda Melaka.

 

Pada tahun 2012, Dana ini telah menerima 38 penyertaan. Lima penerima geran ialah:

 

  • Margaret Bong untuk Weight of Salt, sebuah dokumentasi mengenai budaya pembuatan garam yang semakin pupus dalam kaum Kelabit di Borneo.
  • Agnes Lee Agama untuk Bengkel Pembikinan Filem Komuniti dalam masyarakat tempatan dan pribumi.
  • Ng Chor Guan untuk New Music Series, siri muzik eksperimentasi baru.
  • Too Chee Hung (chi too) untuk FTW! (For The Wind)!, siri karya seni kontemporari sebagai maklum balas untuk penyelidikan artisan mengenai pembikinan laying-layang dan penerbangan.
  • Lim Li-Ling untuk Wayang, dokumentari multimedia dan rangkuman foto kumpulan Shio Kee Lin Hokkien Opera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *