LOS ANGELES, CALIFORNIA (NOVEMBER 12, 2026) – BKB Bare Knuckle Boxing, the world’s largest professional bare knuckle boxing organization, today announced that second-generation boxing star Robert “El Gorila” Duran Jr., son of four-division boxing world champion Roberto “Hands of Stone” Duran, will face former WBC Welterweight World Champion Victor “The Second Coming” Ortiz in the main event of BKB 62, taking place December 5 at The Orpheum Theater in Los Angeles, California.
Duran Jr. steps in for Paulie “Magic Man” Malignaggi, who was originally scheduled to face Ortiz but will no longer compete due to personal matters.
A second-generation prizefighter, Duran Jr. followed in his father’s footsteps and built a career in traditional boxing, compiling a 13-4 professional record with 10 victories by knockout. In 2024, he tried his hand at bare knuckle boxing and delivered an impressive debut, stopping current BKB Welterweight Champion, Javon “Wolfman” Wright by third-round TKO.
The Miami native has since compiled a 4-2 record in BKB, with all four victories coming by knockout. Along the way, he has shared the Trigon with notable opponents including Serob “Gulo” Minasyan, Joshua “Wayward” Sikes, and reigning BKB Super Welterweight World Champion Rolando “Dy Incredible” Dy. His most recent victory came at BKB 58: Miami in August, when he knocked out Ryan “The Bull From Hull” Spivey in the first round.
“When an opportunity like this comes along, you have to take it. Victor Ortiz is a legend in boxing, a former world champion who has shared the ring with some of the best in the sport. I have a tremendous amount of respect for what he has accomplished, but once that bell rings, it’s all business. I’m stepping in to make the most of this opportunity, prove what I can do, and show the world that I belong on this stage. I’m ready for the challenge and I’m coming to win,” said Robert Duran Jr.
BKB 62: Los Angeles marks the promotion’s return to Los Angeles and will serve as the penultimate event in what has been a strong 2026 for the world’s largest bare knuckle boxing organization. Additional event details and bouts will be announced soon.
Tickets are available now at http://bkbtickets.com/bkb62
—————————————————————————————————————————
ROBERT DURAN JR. BAKAL BERDEPAN VICTOR ORTIZ DALAM SAINGAN BKB 62 DI LOS ANGELES
Bintang tinju generasi kedua, Robert Duran Jr., menggantikan Paulie Malignaggi untuk menentang Victor Ortiz dalam acara kemuncak BKB 62: Los Angeles.
LOS ANGELES, CALIFORNIA, 12 November 2026 – BKB Bare Knuckle Boxing, organisasi tinju tanpa sarung tangan profesional terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa bintang tinju generasi kedua, Robert “El Gorila” Duran Jr., anak kepada juara dunia tinju empat divisyen, Roberto “Hands of Stone” Duran, bakal berdepan bekas Juara Dunia WBC Welterweight, Victor “The Second Coming” Ortiz dalam acara kemuncak BKB 62.
Pertarungan tersebut dijadualkan berlangsung pada 5 Disember ini di The Orpheum Theater, Los Angeles, California.
Duran Jr. mengambil alih tempat Paulie “Magic Man” Malignaggi yang pada asalnya dijadualkan menentang Ortiz, namun terpaksa menarik diri daripada pertarungan berkenaan atas urusan peribadi.
Sebagai petinju generasi kedua, Duran Jr. mengikuti jejak langkah bapanya dengan membina kerjaya dalam sukan tinju konvensional. Beliau merekodkan 13 kemenangan daripada 17 pertarungan profesional, termasuk 10 kemenangan menerusi tumbukan kalah mati (KO).
Pada 2024, beliau mencuba cabaran baharu dalam sukan tinju tanpa sarung tangan dan mencatatkan penampilan sulung yang mengagumkan apabila menewaskan juara BKB Welterweight ketika ini, Javon “Wolfman” Wright, menerusi kemenangan TKO pada pusingan ketiga.
Petinju kelahiran Miami itu kemudiannya mencatatkan rekod empat kemenangan dan dua kekalahan dalam BKB, dengan kesemua empat kemenangan diraih menerusi KO.
Sepanjang penglibatannya dalam sukan tersebut, beliau turut berentap dengan beberapa petarung ternama termasuk Serob “Gulo” Minasyan, Joshua “Wayward” Sikes dan juara dunia BKB Super Welterweight ketika ini, Rolando “Dy Incredible” Dy.
Kemenangan terbaharunya dicatatkan pada acara BKB 58: Miami, Ogos lalu, apabila beliau menumbangkan Ryan “The Bull From Hull” Spivey menerusi KO pada pusingan pertama.
Mengulas mengenai peluang berdepan Ortiz, Robert Duran Jr. berkata:
“Apabila peluang seperti ini muncul, kita perlu merebutnya. Victor Ortiz merupakan legenda dalam sukan tinju dan bekas juara dunia yang pernah berkongsi gelanggang dengan beberapa petinju terbaik dalam sukan ini.
“Saya amat menghormati segala pencapaian beliau, namun sebaik sahaja loceng pertarungan dibunyikan, segala-galanya menjadi urusan profesional. Saya melangkah masuk untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini, membuktikan kemampuan diri dan menunjukkan kepada dunia bahawa saya layak berada di pentas ini.
“Saya bersedia menerima cabaran ini dan hadir dengan satu matlamat, iaitu untuk menang,” katanya.
BKB 62: Los Angeles menandakan kepulangan organisasi tersebut ke Los Angeles dan bakal menjadi acara kedua terakhir dalam kalendar 2026 yang cukup memberangsangkan bagi organisasi tinju tanpa sarung tangan profesional terbesar di dunia itu.
Maklumat lanjut mengenai acara serta senarai pertarungan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Tiket kini boleh didapati menerusi pautan berikut:
