BURBANK, CALIFORNIA (November 12, 2026) — BKB Bare Knuckle Boxing, the world’s largest professional bare knuckle boxing organization, has announced that the upcoming Bally’s Fight Night by BKB event, originally scheduled to take place at Bally’s Dover Casino Resort in Dover, Delaware on November 20, will now be held at Estrella Studios in Burbank, California, on Saturday, November 21.
Headlining the exciting eight-fight card will still be the highly-anticipated bare knuckle boxing debut of former WBO Junior Welterweight World Championship challenger “Hammerin’” Hank Lundy, as he takes on Jairo “Almighty” Santos in the welterweight main event. In the welterweight co-main event, “Killa” Kylle McMillan faces James “Get Down” Brown, who makes his BKB debut.
Also added to the card, reigning BKB Featherweight World Champion Helen “Iansã” Peralta returns to action to face the undefeated Kat “The Perfect Weapon” Connor in a welterweight contest. Peralta brings championship pedigree and a wealth of combat sports experience into the Trigon as she takes on a stern challenge in Connor.
Plus, former BKB Super Middleweight World Champion Jose “The GOAT” Fernandez meets Matt “The Hawk” Socholotiuk in a battle of middleweight knockout artists.
The super heavyweight bout between Jesse “The Reaper” Sparks and Richard “Silverback” Carmack, meanwhile, has been moved to a separate upcoming BKB event.
Check out the complete Bally’s Fight Night by BKB: Burbank fight card below.
BKB’s fully-integrated, 360-degree partnership with Bally’s brings the sport to new audiences through live events at Bally’s properties across the United States. Bally’s Fight Night by BKB combines Bally’s venues, proprietary ForceIQTM punch sensor technology and exclusive broadcast distribution to create an integrated combat entertainment experience, with sensors capturing punch volume, type and impact force in real time. The Burbank fight card will be broadcast exclusively on Bally’s digital platforms, including Bally Sports Live apps on phones and TVs, ballysports.com and Stadium free ad-supported TV (FAST) channel.
The partnership made a successful debut with the inaugural Bally’s Fight Night by BKB event in January at Hard Rock Hotel & Casino Biloxi, returning to the same venue for another successful event in October.
Bally’s Fight Night by BKB: Burbank Fight Card
Estrella Studios, Burbank, California
November 21 | 8PM ET | 5PM PT
Bally Sports Live (U.S.) | Stadium (U.S.) | EstrellaTV FAST channels (U.S-Spanish Language) | TV Azteca (Mexico & Latin America)
Welterweight Main Event: Hank Lundy (0-0) vs. Jairo Santos (0-0)
Welterweight Co-Main Event: Kylle McMillan (3-1, 2 KOs) vs. James Brown (5-1, 3 KOs)
Super Welterweight: Henry Williams (7-2, 5 KOs) vs. Eduardo Perez (2-1, 2 KOs)
Welterweight: Helen Peralta (3-1, 2 KOs) vs. Kat Connor (2-0)
Middleweight: Rudisel Mora (2-0, 2 KOs) vs. Joshua Sikes (4-3, 2 KOs)
Middleweight: Jose Fernandez (4-2, 3 KOs) vs. Matt Socholotiuk (3-2, 3 KOs)
Light Heavyweight: Michael Santos (2-0, 2 KOs) vs. John Tabarez (0-0)
Heavyweight: Branden Smith (2-0, 2 KOs) vs. Braxton Smith (1-1, 1 KO)
—————————————————————————————————————————
BALLY’S FIGHT NIGHT BY BKB BERALIH KE BURBANK PADA 21 NOVEMBER, MENAMPILKAN DEBUT ‘HAMMERIN’’ HANK LUNDY SEBAGAI TARIKAN UTAMA
Acara Bally’s Fight Night by BKB yang sebelum ini dijadualkan berlangsung di Dover, Delaware, dipindahkan ke Burbank, California.
Hank Lundy bakal berdepan Jairo Santos dalam pertarungan utama.
BURBANK, CALIFORNIA, 12 November 2026 – BKB Bare Knuckle Boxing, organisasi tinju tanpa sarung tangan profesional terbesar di dunia, mengumumkan bahawa acara akan datang, Bally’s Fight Night by BKB, yang pada asalnya dijadualkan berlangsung di Bally’s Dover Casino Resort, Dover, Delaware pada 20 November, kini akan diadakan di Estrella Studios, Burbank, California pada Sabtu, 21 November 2026.
Acara yang menampilkan lapan pertarungan itu masih mengekalkan penampilan sulung yang dinanti-nantikan oleh bekas pencabar Kejuaraan Dunia WBO Junior Welterweight, ‘Hammerin’’ Hank Lundy, dalam sukan tinju tanpa sarung tangan. Beliau bakal berdepan Jairo ‘Almighty’ Santos dalam pertarungan utama kategori Welterweight.
Bagi pertarungan bersama utama kategori Welterweight, ‘Killa’ Kylle McMillan akan berdepan James ‘Get Down’ Brown, yang bakal membuat penampilan sulungnya dalam BKB.
Turut ditambah dalam senarai pertarungan ialah juara dunia BKB Featherweight semasa, Helen ‘Iansã’ Peralta, yang kembali beraksi menentang petarung tanpa kalah, Kat ‘The Perfect Weapon’ Connor, dalam pertarungan kategori Welterweight.
Peralta membawa pengalaman luas dalam sukan tempur serta reputasi sebagai juara ke gelanggang Trigon, namun bakal berdepan cabaran sengit daripada Connor yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah.
Selain itu, bekas juara dunia BKB Super Middleweight, Jose ‘The GOAT’ Fernandez, akan bertemu Matt ‘The Hawk’ Socholotiuk dalam pertarungan kategori Middleweight yang menghimpunkan dua petarung terkenal dengan keupayaan menghasilkan kemenangan menerusi tumbukan kalah mati.
Sementara itu, pertarungan kategori Super Heavyweight antara Jesse ‘The Reaper’ Sparks dan Richard ‘Silverback’ Carmack telah dipindahkan ke satu lagi acara BKB yang akan berlangsung pada masa akan datang.
Berikut merupakan senarai penuh pertarungan bagi Bally’s Fight Night by BKB: Burbank.
Kerjasama strategik menyeluruh BKB bersama Bally’s merangkumi pelbagai aspek dan bertujuan memperkenalkan sukan ini kepada kelompok penonton baharu menerusi penganjuran acara langsung di rangkaian premis Bally’s di seluruh Amerika Syarikat.
Bally’s Fight Night by BKB menggabungkan kemudahan lokasi acara Bally’s, teknologi sensor tumbukan proprietari ForceIQ™ serta pengedaran siaran eksklusif bagi mewujudkan pengalaman hiburan sukan tempur bersepadu.
Teknologi sensor tersebut berupaya merekodkan jumlah tumbukan, jenis tumbukan serta kekuatan impak secara masa nyata, sekali gus memberikan dimensi baharu kepada pengalaman menonton sukan tinju tanpa sarung tangan.
Acara di Burbank ini akan disiarkan secara eksklusif menerusi platform digital Bally’s, termasuk aplikasi Bally Sports Live untuk telefon pintar dan televisyen, ballysports.com serta saluran Stadium Free Ad-Supported Television (FAST).
Kerjasama ini mula mencatat kejayaan menerusi penganjuran sulung Bally’s Fight Night by BKB pada Januari lalu di Hard Rock Hotel & Casino Biloxi, sebelum kembali ke lokasi sama bagi satu lagi acara yang turut mencatat kejayaan pada Oktober.
SENARAI PENUH PERTARUNGAN
BALLY’S FIGHT NIGHT BY BKB: BURBANK
Lokasi: Estrella Studios, Burbank, California
Tarikh: 21 November 2026
Masa: 8.00 malam ET | 5.00 petang PT
Platform penyiaran:
- Bally Sports Live (Amerika Syarikat)
- Stadium (Amerika Syarikat)
- Saluran EstrellaTV FAST (Amerika Syarikat – Bahasa Sepanyol)
- TV Azteca (Mexico dan Amerika Latin)
Senarai pertarungan:
| Kategori | Pertarungan | Rekod |
| Welterweight – Pertarungan Utama | Hank Lundy lwn. Jairo Santos | 0-0 lwn. 0-0 |
| Welterweight – Pertarungan Bersama Utama | Kylle McMillan lwn. James Brown | 3-1 (2 KO) lwn. 5-1 (3 KO) |
| Super Welterweight | Henry Williams lwn. Eduardo Perez | 7-2 (5 KO) lwn. 2-1 (2 KO) |
| Welterweight | Helen Peralta lwn. Kat Connor | 3-1 (2 KO) lwn. 2-0 |
| Middleweight | Rudisel Mora lwn. Joshua Sikes | 2-0 (2 KO) lwn. 4-3 (2 KO) |
| Middleweight | Jose Fernandez lwn. Matt Socholotiuk | 4-2 (3 KO) lwn. 3-2 (3 KO) |
| Light Heavyweight | Michael Santos lwn. John Tabarez | 2-0 (2 KO) lwn. 0-0 |
| Heavyweight | Branden Smith lwn. Braxton Smith | 2-0 (2 KO) lwn. 1-1 (1 KO) |
– TAMAT –
