(HIBURAN) Luluhnya Sebuah Ikrar

Spread the love

Luluhnya Sebuah Ikrar - lowrescropsmall

Drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar bakal menghiasi malam Isnin dan Selasa anda mulai 6 Mei ini.  Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

 Luluhnya Sebuah Ikrar - small

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.  Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul. Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.  Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi.  Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.  Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.  Adakah Shahrul masih  setia dengan ikrar cintanya pada Yati?  Jangan lupa untuk ikuti drama terbaru lakonan Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim ini di slot Ratu setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9!


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) Luluhnya Sebuah Ikrar

  1. Teja Fahkry says:

    jalan cerita ini…..
    lebih kurang sama je,
    dgn broken a vow
    versi filipina!!!!

Leave a Reply to Teja Fahkry Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *