(HIBURAN) L’Zzay mempertaruhkan ‘Bebas 2014’

Spread the love

L'ZZAY 3small

Mungkin anda pernah mengenali nama Lynnzay sebelum ini yang dikenali menerusi lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’ dan ‘Untuk Kamu’. Tahun ini, gadis berusia 28 tahun ini telah membuat keputusan untuk menukar nama kepada L’Zzay setelah dinasihati oleh seorang penyanyi lagenda. Siapakah penyanyi lagenda itu?

Baru-baru ini, L’Zzay telah kembali dengan strategi lamanya untuk menyanyikan semula sebuah lagu lama nyanyi penyanyi 80-an iaitu, Rahimah Rahim bertajuk ‘Bebas’, Namun apa yang menariknya, kali ini L’Zzay menampilkan Rahimah Rahim sendiri sebagai pasangan duet di dalam lagu ini.

Bersama rancangan yang lebih rapi kali ini, L’Zzay bersama pihak pengurusannya, JoePRC International mempertaruhkan lagu bertajuk ‘Bebas 2014’ yang sudah pun dilancarkan di saluran Vevo L’Zzay sendiri iaitu : www.youtube.com/LZzayVevo. Julung-julung kalinya mana-mana artis Malaysia mempunyai saluran Vevo sendiri melainkan Yuna, Zee Avi, Dato AC Mizal, Alyah dan sebagainya. Mungkin disebabkan keistimewaan L’Zzay, Sony Music telah memberikan peluang kepada gadis ini kerana mereka merangkap sebagai pengedar single beliau. Lagu ini juga sudah boleh didapatkan di iTunes, Spotify dan KKbox.

Khabarnya, setelah 4 single diriliskan oleh gadis ini, pihak JoePRC International dan L’Zzay sendiri bertungkus-lumus untuk menghasilkan yang terbaik buat ‘Bebas 2014’ sehingga bertelingkah teruk sesama sendiri. Pelbagai rintangan yang harus L’Zzay tempuhi seperti penundaan video muzik lagu ini selama sebulan. Tarikh pertama ditunda kerana memberi penghormatan pada jenazah mangsa pesawat MH17 dan hari berkabung kebangsaan. Kemudiaanya, pelbagai masalah berlaku sehinggalah ianya dilancarkan pada 9 September yang lepas.

“Alhamdulillah, akhirnya muzik video lagu ini berjaya dilancarkan. Panas juga hati saya bila rancangan tertunda. Tapi rupanya ada hikmah. Elok saja dilancarkan pada 9 September, pelbagai jenis tawaran persembahan yang datang pada masa yang sama. Saya lebih bersabar kali ini berbanding dengan pengalaman saya yang lepas dimana saya agak gelojoh sedikit dalam melakukan sebarang keputusan.  Saya agak syukur diketemukan dengan JoePRC International sebab tanpa mereka, saya rasa saya sudah putus asa sebelum ini. Mereka adalah antara sebab saya masih berdiri teguh untuk teruskan perjuangan saya dalam bidang seni.”

Apa perasaan berduet dengan penyanyi lagenda seperti Rahimah Rahim? L’Zzay mengatakan ianya agak mencabar kerana tenaga Rahimah Rahim adalah seperti tenaga seorang remaja. Beliau digambarkan sebagai seorang yang sangat lincah dan bersemangat serta tidak berlagak diva.

“Saya mahu berterima kasih pada Kak Gerl (Rahimah Rahim) yang sudi berduet dengan saya dan memberi kerjasama yang sangat best selama proses rakaman lagu dan video muzik dilakukan. I wish you all the best. Pada anda yang sedang tunggu lagu terbaru Rahimah Rahim, saya mungkin akan cipta satu lagu untuk dia. Jadi, nantikan!,” ujar L’Zzay bersemangat.

Disamping sedang aktif melakukan persembahan bersama ‘Jelajah Malaysia Super Lawak FC’ sekarang, L’Zzay juga sedang sibuk menghasilkan album remix untuk lagu ‘Bebas 2014’ yang bakal diterbitkan dengan 4 genre yang berbeza menampilkan 4 produser muzik muda yang berbakat. L’Zzay juga bakal meriliskan lagu terbaru berentak RNB yang berjudul ‘Do It Right’ bersama penyanyi hiphop yang sedang meningkat naik iaitu Kayda Aziz.

“Saya sudah puas hati kerana ada lagu duet dengan penyanyi lama, sekarang sudah masa untuk saya tampilkan bakat baru yang saya rasakan adalah penggerak baru muzik industri seperti saya. Lagu ini berbahasa Inggeris dan merupakan eksperimen saya terhadap penerimaan pendengar. Ianya merupakan ciptaan saya sendiri bersama hasil tangan produser muzik muda berasal dari Brunei bernama Aman 2LL, jadi  saya harap anda semua sokonglah lagu ‘Bebas 2014’ dan nantikan lagu ‘Do It Right’.It is fresh from the oven!”

 

Jom tonton video muzik lagu ‘Bebas 2014’ di sini – http://www.youtube.com/watch?v=EInkcnGlBRY

 

Untuk mengenali L’Zzay, jom ikuti beliau di link-link berikut :

 
Facebook https://www.facebook.com/LZzayOnline
Twitter https://twitter.com/lzzayaffandy
Instagram http://instagram.com/lzzayaffandy
Soundcloud https://soundcloud.com/lzzaymusic

 

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *