(HIBURAN) PRODUK PERTAMA CLIXSTER MUSIC ‘SUJUDKU’ HADIAH UNTUK RAYA KORBAN (AIDILADHA)

IMG_0685small

Dikala peminat dan pengiat seni muzik Melayu melambakkan minat dan tumpuan untuk menghasilkan lagu-lagu bersempena Hari Raya Aidilfitri, Clixster Music hari ini mencuri perhatian apabila melancarkan sebuah single bertajuk ‘SUJUDKU’ sebagai hadiah kepada umat Islam yang akan merayakan Hari Raya Korban (Aidiladha).

Single SUJUDKU juga merupakan produk pertama terbitan Clixster Music sejak ditubuhkan 3 bulan lalu.  Lagu yang bersifat ketuhanan ini dilantunkan oleh tiga penyanyi tanah air, gabungan Aidiel Ghaffar yang sebelum ini terkenal sebagai pengacara TV, radio serta majlis-majlis keraian Negara. Selain Aidiel, penyanyi tersohor Aris Ariwatan juga bekerjasama di dalam projek  SUJUDKU dan disokong alunan suara oleh penyanyi yang pernah menyertai rancangan realiti TV ‘MyStarz LG’, Badri Ibrahim.

Lagu SUJUDKU adalah ciptaan Radzman bersama Man Senoi dan lirik ditulis oleh Hazran Mohamed.   Uniknya, di permulaan lagu SUJUDKU memperdengarkan takbir raya yang dialunkan secara bersahaja oleh Ustaz Wan Saroji.

Menurut Othman Masri yang juga bertindak sebagai penerbit album dan pengarah susunan muzik, “projek SUJUDKU ini telah mengambil masa selama 1 bulan untuk disiapkan dan saya amat gembira kerana projek ini telah mendapat kerjasama yang sempurna dari semua yang terlibat”.

“Anggaplah ini sebagai hadiah kepada umat Islam khasnya yang akan menyambut perayaan Aidiladha.  Kebanyakkan penggiat muzik Malaysia lebih suka untuk menghasilkan lagu sempena Aidilfitri.  Tapi kami di Clixster Music ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan, iaitu menghasilkan sebuah lagu bersempena Aidiladha.  Tambahan perayaan ini merupakan satu perayaan yang sangat penting di dalam kalendar Islam mengingati sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail”, ujar beliau lagi yang juga dikenali dengan nama Man Senoi.

Majlis pelancaran diadakan di Ibu Pejabat Clixster Mobile Group di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *