(SEMASA) Koleksi ECCO Musim Luruh Dingin 2014 – Rasa hebat bergaya dengan musim luruh Scandinavia

Spread the love

LCS_5650samll

ECCO menyambut ketibaan Musim Luruh-Dingin 2014 dengan gaya amali yang mewah disuntik dengan rekaan, inovasi, keaslian dan keperibadian Scandinavia. Koleksi yang memaparkan pelbagai rangkaian kasut untuk mereka yang aktif – tidak kira samada hidup mereka diinspirasikan oleh gaya urban atau alam semulajadi, professional atau kasual, bergaya hidup cergas atau lebih santai.

 eco ciomb

Untuk pemakaian sepanjang tahun, rangkaian untuk semua acara seperti ECCO Dress Comfort, lebih banyak lagi koleksi komprehensif yang lain akan turut hadir untuk mempastikan padanan yang ideal bagi setiap gaya dan saat-saat kehidupan. Keseluruhan koleksi adalah gabungan eklektik penuh gaya memaparkan rekaan hibrid, efek digital, perincian dan penyerlahan sintetik – semuanya sesuai untuk cara hidup aktif dan bergaya.

ECCO yang sentiasa lain dari yang lain, juga menjangkaui sempadan palet biasanya, dengan dua rona luar biasa yang baru untuk menceriakan koleksi Musim Luruh-Dingin 2014: Midnight Blue dan Green Gables. Rona-rona tradisi musim luruh seperti Classic Black, Espresso, Coffee, Red Burgundy dan Rust Brown – turut dipaparkan.

Di majlis pelancaran koleksi Musim Luruh-Dingin 2014 yang berlangsung di The Bee, Publika,  ECCO telah memperkenalkan beberapa koleksi baru untuk Lelaki dan Wanita, di dalam sebuah majlis ringkas, sederhana tetapi penuh gaya, yang dihoskan oleh hos selebriti , Nadia Heng.

 LCS__8215small

Rangkaian paling bergaya untuk para wanita musim ini ialah kasut loafer ECCO Touch 15 yang dipilih sendiri oleh selebriti Malaysia, Scha Alyahya.  ECCO TOUCH 15 yang penuh gaya dan feminin ini memaparkan bahagian atas yang di reka tangan dari kulit yang lebih halus, lebih fleksibel, tahan kejutan, bertapak ringan dengan bahagian shank selesa yang dibentuk khas untuk keselesaan 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Sneaker kasual ECCO CS14 WANITA yang mengikut trend, berinspirasikan retro juga sesuatu yang perlu dimiliki, sesuai dipadankan dengan dres, sut, jeans dan skirt.  Sesiapa yang merasakan kasut tumit tinggi tidak mungkin selesa dan bergaya sesungguhnya tidak pernah mencuba ECCO Sculptured 45w. Pilihan tepat untuk kasut tumit tinggi yang selesa membawa anda dari pejabat ke restoran ke kelab hiburan dengan mudah.

Untuk jejaka, ECCO memperkenalkan ECCO Findlay, kasut kasual kemas dengan perincian riang untuk menambah gaya kepada apa saja pakaian, dari denim ke sut kasual.  Inilah kasut kegemaran aktor, hos TV dan model Malaysia, Awal Ashaari.  ECCO Cairo pula memaparkan kasut formal klasik asas dengan perincian dan teknologi unik untuk melalui gaya hidup moden para profesional.

Juga mencuri perhatian, ialah koleksi bag musim ini, yang memaparkan kulit premium dari pusat pemprosesan kulit ECCO. Beg untuk wanita termasuklah ECCO Derna Clutch yang bergaya, ECCO Sculptured Shoulder Bag yang tidak lapuk ditelan zaman dan elegan Rangkaian untuk jejaka penuh maskulin dengan ECCO Denio Messenger yang lasak tetapi halus juga ECCO Ely Messenger yang sofistikated. Kualiti, pembuatan dan ketahanan beg-beg ini sememangnya tidak dapat dinafikan.

Para tetamu ditunjukkan cara-cara untuk membuat sendiri beg kantung ECCO, melalui sebuah bengkel kulit yang dikendalikan oleh pereka dari ECCO, Cik Solveig Gubser. BEliau juga berkongsi informasi berguna mengenai kulit dari ECCO, rekaan Scandinavia dan warna serta trend terkini untuk koleksi musim Luruh-Dingin 2014.

Kemunculan istimewa pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya lengkap dengan memakai koleksi musim Dingin 2014 ECCO menambah suasana glamor majlis tersebut.

“Kami berbangga menjadi pembawa salah satu daripada jenama barangan kulit yang terbaik di dunia. Apabila anda membeli sepasang kasut kulit ECCO, anda patut tahu yang kasut itu ialah sepasang kasut ultra-premium yang terus sesuai untuk kaki anda tanpa perlu mengambil masa untuk proses penyesuaian. Gaya, versatil dan keselesaan koleksi Musim Luruh-Dingin 2014 dari ECCO mudah dipakai dari siang ke malam tanpa perlu menukar kepada kasut lain”, kata Walter Chan, Pengurus Jenama kepada Pengarah Urusan Vietmaland Sdn. Bhd, pada majlis tersebut.

 

Mengenai ECCO

Lebih dari 350 juta pasang kasut ECCO telah menapak di bumi sejak tahun 1963, apabila Karl Toosbuy membuka syarikat tersebut di Denmark. ECCO ialah salah sebuah pembuat kasut yang utama di dunia yang mempunyai dan menguruskan setiap langkah dalam proses pembuatan kasut – dari pengeluaran kulit melalui pebuatan di dalam kilangnya sendiri sehingga kesemua kedai mereka. Falsafah reka bentuk Scandinavia ECCO, “Kasut mesti mengikut kaki”, menjadi panduan kepada syarikat.  ECCO mencipta kasut yang tinggi keselesaannya, mempunyai fungsi, bergaya dan beg-beg yang tidak lapuk oleh zaman, aksesori, barangan kecil kulit dan produk penjagaan kasut. ECCO yang beribu pejabat di Denmark masih dimiliki oleh keluarga dan mempunyai 19,500 pekerja yang terdiri daripada 57 warganegara di seluruh dunia. Produk ECCO boleh didapati di 1,100 buah kedai ECCO 14,000 buah lokasi jualan di 85 negara.

Mengenai Vietmaland

Vietmaland Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 3hb September 2004.  Syarikat ini mula mengorak langkah di dalam Industri Peruncitan Fesyen setelah dilantik menjadi pengedar tunggal jenama  Ecco  (suatu Jenama Kasut yang bertaraf tinggi dari Denmark dari tahun 1963), Kenneth Cole New York di Malaysia dan pemborong jenama Timberland di Malaysia. Vietmaland terus membangunkan dan meluaskan perniagaannya sehingga kini mempunyai sejumlah 25 buah kedai (kombinasi jenama Ecco dan Timberland) terletak di Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Syarikat ini sentiasa bersedia untuk memberikan Khidmat Pelanggan Terbaik dan dikenali sebagai suatu Teraju di dalam Industri Peruncitan.

Ecco boleh didapati di:

THE GARDENS MIDVALLEY

Lot No. S-226D, Tingkat Dua, The Gardens Mall, Mid Valley City, KL. Tel: 03-22824381

 

SURIA KLCC

Lot 308G, Aras 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 KL. Tel: 03-2166 0892

 

PAVILION

Lot 5.30.00, Aras 5, Pavilion KL, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 KL. Tel: 03-2141 2789

 

GURNEY PARAGON (UNITY)

Lot G.29B, Aras Lantai, Gurney Paragon Mall, 163D-1-29B, Persiaran Gurney, 10250 Pulau Pinang. Tel: 04-2264921

DATARAN PAHLAWAN

G-042 (Tingkat Atas Lantai), Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka.Tel: 06-2821431

 

PARKSON SUBANG PARADE, PARKSON ONE UTAMA, PARKSON GURNEY PLAZA, PARKSON PAVILION, PARKSON NU SENTRAL, PARKSON KLCC, ISETAN KLCC


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *