‘Istanbul Aku Datang’ sebuah filem romantik komedi yang menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Beto Kusyairi, Tomok & penampilan sulung penyanyi Aizat .
Filem arahan Bernard Chauly ini telah menjalani penggambaran 100% di Istanbul. Filem ini diterbitkan oleh Red Films. Sebelum ini Red Films pernah menerbitkan filem-filem terbaik antaranya ‘Pisau Cukur’, ‘Gol & Gincu’ dan ‘Kami The Movie’
Lisa Surihani membawakan watak seorang gadis yang terbang ke Istanbul, Turki untuk bersama kekasih hati namun menjalani pelbagai rintangan untuk meneruskan kehidupan beliau di’sana — termasuk adegan adegan comel bersama Beto Kusyairy.