(HIBURAN) Mariah Carey Ucap Selamat Hari Malaysia

Spread the love

Mariah Carey Ucap Selamat Hari Malaysia
Penyanyi Mariah Carey mencuri perhatian peminatnya di  Malaysia apabila mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Kekal Tabah. Jumpa di Kuala Lumpur pada  22 Oktober 2014 menerusi akaun Facebook beliau. Penyanyi paling laris dan popular ini akan hadir ke Malaysia bagi menjayakan konsert jelajah dunia  Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 di Stadium Merdeka pada 22  Oktober jam 8 malam. 

Kebetulan baru-baru ini peminat penyanyi bervokal mantap itu memberitahunya mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan diva yang prihatin itu mengambil peluang itu untuk memberitahu betapa dia  begitu merindui lebih 20,000 peminat yang pernah dihiburkannya ketika mengadakan konsert di sini  sekitar 2004 yang disifatkan sebagai antara yang terbaik kerana kehangatan yang mereka berikan malam itu memberikannya semangat untuk menghasilkan persembahan terbaik.

Konsert Mariah Carey “The Elusive Chanteuse Show” Tour In Malaysia 2014 dianjurkan oleh IME Productions dan disokong oleh Malaysia Major Events sebuah agensi di bawah Kementerian  Pelancongan dan Kebudayaan. “Kami sangat teruja dengan konsert Mariah Carey yang bakal diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Oktober depan. Konsert “Mariah Live In Malaysia 2014”ini adalah antara usaha terbaik yang dapat menyumbang kepada kedatangan pelancong asing ke Malaysia, khususnya dari peminat-peminat serantau dan sekaligus menampilkan Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian kegemaran di Asia Tenggara, lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Acara ini dijangka menarik lebih 3,000 peminat dari luar negara, dan dianggarkan meraih pulangan sebanyak RM15 juta. Justeru, Malaysia Major Events bersyukur kerana dapat memberi peluang istimewa kepada peminat-peminat Mariah Carey menyaksikan persembahan idola kesayangan serta mendengar nyanyian lagu kegemaran mereka,” kata pengurus besar Malaysia Major Events, Tony Nagamaiah.

Harga tiket yang dikenakan adalah RM680 untuk VVIP (tempat duduk bernombor), RM580 (tempat duduk bernombor), RM480 (tempat duduk bernombor), RM380 (tempat duduk bernombor), RM280 (tempat duduk bebas) dan RM120 (tempat duduk bebas).

Pembelian secara dalam talian boleh dilakukan menerusi ejen jualan tiket rasmi iaitu www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian hotline ticketcharge iaitu  +603 92228811.  Untuk maklumat lanjut berhubung serta jualan tiket bolehlah menghubungi talian hotline IME Productions iaitu +603 21666166.  Untuk maklumat lanjut, layari Facebook IME http://www.facebook.com/imepmy atau laman web TicketCharge www.ticketcharge.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *