(HIBURAN) MIOR Juara Kilauan Emas Musim Ke 3

IMG_2904Mior atau nama sebenarnya Mior Yazid Bin Ahmad telah dinobatkan sebagai juara baru Kilauan Emas musim ke 3 yang telah berlangsung di Dewan MBSA, Shah Alam.  Beliau yang menyanyikan lagu Sampai Di Sini (lagu baru) dan Purnama dendangan asal kumpulan Search telah menewaskan 3 lagi peserta akhir iaitu Alina , Idris dan Silah. Pemenang Kilauan Emas musim ke 3 ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 serta sebuah kereta Nissam Livina X-Gear yang bernilai hampir RM90,000. 

IMG_2898

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik peserta dari Kedah iaitu Idris Mohd Shabidin, 51, dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi. Bagi tempat ketiga jatuh kepada Silahuddin Ali, 52, dan menerima hadiah berupa RM15,000 dan trofi. Kesemua mereka diadili oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Shake dan Ziana Zain. Manakala komposer Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar bertindak sebagai guru vokal kepada para peserta. Kilauan Emas akhir yang dihoskan oleh Raja Azura turut diserikan dengan persembahan daripada Datuk Shake, Ziana Zain, Ali Norpiah (Juara KE 1) dan Fuad (Juara KE 2). Juri profesional mewakili 70 peratus markah manakala penonton sebanyak 30 peratus.

KE 1small KE 2small KE 3small KE 4small

One comment on “(HIBURAN) MIOR Juara Kilauan Emas Musim Ke 3

  1. salmi says:

    Tolong perbetulkan ya. Banyak suratakhbar hari ini melaporkan yang Mior adalah dari Selangor sedangkan Mior adalah dari Tanjung Malim, Perak. Jangan buat Yop2 semua geram ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *