(HIBURAN) Pelancaran Album ONCE

Spread the love

IMG_3575

Elfonda ‘Once’ Mekel atau lebih dikenali sebagai ONCE merupakan seorang bintang yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan. Once telah mula dikenali sejak beliau menganggotai Dewa pada tahun 1999. Dewa yang telah beberapa kali mengalami pertukaran ahli pernah mendapatkan khidmat Once sebagai vokalis utama yang sebelum ini dipegang oleh Ari Lasso. Namanya melonjak naik selari dengan populariti Dewa yang mendapat perhatian menerusi beberapa album termasuk “Bintang Lima”, “Cintailah Cinta”, “Atas Nama Cinta I & II”, dan “Republik Cinta”. Kumpulan ini juga begitu popular dengan dengan beberapa lagu hit seperti “Pupus”, “Arjuna”, “, “Separuh Nafas”, “Sayap-sayap Patah”, “Laskar Cinta”, “Sedang Ingin Bercinta”, dan banyak lagi! Tanpa hanya bertumpu pada negara asal kumpulan ini, iaitu Indonesia, lagu-lagu oleh Dewa juga turut mendapat sambutan yang hebat di Malaysia!.

IMG_3563

Sejak secara rasmi keluar daripada kumpulan Dewa pada 2011, ONCE kini bergerak secara solo di bawah label Aquarius Muzikindo. Terbaru, ONCE muncul dengan album solo pertama berjudul “ONCE” yang diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Album ini boleh didapati di pasaran bermula 2hb Oktober 2012 dengan harga hanya RM27.90. ONCE juga telah menghasilkan 6 buah lagu untuk dimuatkan ke dalam album ini. Bercakap mengenai sebab beliau keluar dari DEWA, beliau menjelaskan , telah tiba masanya untuk beliau bergerak sendiri dan menyerlahkan kreativiti beliau dalam penghasilan lagu dan akhirnya keputusan dibuat untuk bergerak secara solo. Ditanya mengenai konsert solonya pula, beliau berkata, konsert solo hanya akan dibuat selepas album kedua beliau di terbitkan dan dijangka pada tahun ini juga kerana bagi beliau, sekurang-kurang nya dua album diperlukan dalam usaha mengukuhkan nama beliau di persada seni muzik.

ONCEsmall

Seperti kebanyakan lagu-lagu popular masa kini, ONCE juga mengetengahkan senarai lagu-lagu bertemakan cinta. Namun, setiap kali album ini diputarkan, para pendengar akan berasa senang dan teruja dengan rentak yang enak pada deria pendengaran. Susunan lagu yang dramatik pada setiap lagu bagaikan ‘trademark’ ONCE, menjadikan album ini istimewa dan tersendiri. “ONCE” memuatkan 10 buah lagu berunsur pelbagai variasi rentak ‘rock’. MYSTIFIED yang menampilkan Gugun Blues Shelter (sebuah band Blues dari Indonesia), merupakan sebuah lagu ‘rock’ dengan elemen ‘blues’. Lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Inggeris ini adalah dalam mood rancak yang penuh kejutan (surprise element), menjadikan MYSTIFIED sebuah lagu yang tidak bosan untuk didengari berulang kali.

 Once-DSC-6880-600w-bennychandra-jpg_095535

Album ini turut memuatkan beberapa buah lagu ‘slow rock’ bagi mengimbangi mood lagu-lagu yang dimuatkan. I STILL LOVE YOU, HIDUP INI, MISSING YOU, dan KUCINTA KAU APA ADANYA merupakan empat buah lagu slow rock yang tentunya membuai perasaan para pendengar. Selain itu, HARI INI JUGA dan SATU DARI SEJUTA merupakan dua buah lagu ‘rock’ yang turut dimuatkan dalam album ini. Lagu-lagu ini disusun dengan iringan muzik ringan, menjadikannya mudah diterima oleh golongan yang menggemari muzik pop. Walaupun disusun dengan begitu ringkas, lagu-lagu ini walaubagaimanapun, masih mengekalkan rentak ‘upbeat’ yang sinonim dengan ONCE. Dua buah lagu yang turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu-lagu yang tidak asing lagi bagi peminat ONCE. PASTI UNTUKMU merupakan sebuah single yang telah dipersembahkan sejak tahun 2009, manakala DEALOVA adalah salah satu lagu yang pernah digilai oleh peminat kumpulan DEWA di Malaysia. Pada album solo sulung ini, ONCE mempertaruhkan single HILANG NALURI sebagai single pertama beliau. HILANG NALURI merupakan sebuah lagu ‘rock’ yang penuh dengan unsur dramatik. Sesuai dengan penulisan lirik oleh Dewiq yang penuh bersastera, lagu ini disusun dengan penggunaan instrumen orkestra yang pelbagai, menjadikan HILANG NALURI sebagai sebuah lagu yang sarat dengan ekspresi. Hasil komposisi Dewiq dan Ariyanto ini sungguh teliti. Kisah kehampaan dan kemarahan yang diceritakan pada lirik turut diterjemah pada iringan muzik. Melodi dan lirik HILANG NALURI yang disusun begitu teratur, menjadikannya bersatu menterjemah segala isi tersurat dan tersirat lagu ini. Setiap unsur yang diolah dengan sempurna menjadikan lagu ini sangat enak pada pendengaran para pendengar.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *