Tag: BINTANG

(HIBURAN) PEMINAT BERJOLI BERSAMA INNERSHINE® DAN BINTANG SEJOLI

KLL_6530

Bagai suatu mimpi yang menjadi kenyataan apabila 30 orang pemenang bertuah Peraduan InnerShine®Sejoli, dapat bertemu dan beramah mesra dengan bintang-bintang Sejoli kesayangan mereka – Maya Karin, Bront Palare dan Izara Aishah yang juga duta kepada produk InnerShine®, dalam sebuah majlis istimewa di Kuala Lumpur hari ini. Read more →

(SEMASA) Fatin Atiqah pemenang Transformasi Bintang Fruitale edisi Pertama

IMG_0801

Fruitale FairWhite UV, satu-satunya krim mandian dan sabun dengan 100% ekstrak buah-buahan organik dan yogurt, membawa 9 orang gadis dalam satu pengembaraan transformasi menerusi pertandingan Fruitale Star Search. Duta jenama Fruitale, pelakon dan pengacara jelita Nora Danish, menjadi mentor bagi para peserta dalam mencungkil bakat dan kebolehan mereka. Beliau juga bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan — gadis yang paling ketara transformasinya dari segi keyakinan, bakat dan penampilan. Read more →

(HIBURAN) 6 SIFU MULAKAN MISI MELAHIRKAN BINTANG!

Para Anak Didik Program Bintang Mencari BintangGMO

2 Solo & 10 Kumpulan Berentap Merebut RM200,000

Petaling Jaya, 6 Mac 2013Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail (FBI) merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan tempatan. Kewibawaan mereka dalam bersketsa komedi dan menyanyi ternyata tidak boleh dinafikan dan mereka ini layak bergelar Sifu. Berbekalkan pengalaman, ilmu serta bakat yang dimiliki, bermulalah peranan kesemua Sifu ini untuk memberikan tunjuk ajar serta menggilap bakat anak didik pilihan masing-masing berkaitan dengan bidang sketsa komedi dan nyanyian bagi memperlengkapkan diri sebagai penghibur versatil. Selain itu, Sifu juga bertindak sebagai idola yang memberi inspirasi kepada anak didik mereka. Sifu dan anak didik manakah yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang? Read more →