(HIBURAN) PINGGIRAN SYURGA PENGUBAT RINDU WAN IMAR

Spread the love

Artwork Pinggiran Syurga

Kajang, 10hb Jun 2016 – Tragedi nahas helikopter awal Mei lalu nyata merupakan satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan lebih-lebih lagi buat Wan Imar, artis rakaman terbaru KRU Music Sdn. Bhd.

Wan Imar atau nama penuhnya Wan Imar Izzat bin Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, 25, merupakan anak lelaki kedua kepada arwah ahli parlimen Kuala Kangsar yang terlibat dalam tragedi nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini.

Terdahulu, lebih kurang dua bulan sebelum tragedi, arwah Datuk Wan Mohammad Khair-il pernah menghubungi Dato’ Norman untuk berjumpa dengan Wan Imar bagi satu sesi ujibakat, di atas minat anaknya untuk menceburi bidang nyanyian, sebelum menandatangani perjanjian menjadi artis rakaman KRU Music.

Keunikan suara baritone Wan Imar mempunyai potensi untuk menceburkan diri secara professional dan melangkah lebih jauh di dalam industri muzik tanah air. Tetapi, malangnya, di dalam kesibukan membuat persiapan mencari lagu untuk dijadikan single pertama, tragedi telah menimpa yang meragut nyawa bapa tercinta Wan Imar.

Sebalik peristiwa itu, Wan Imar telah bekerjasama dengan komposer nombor satu negara, Edry Abdul Halim untuk menghasilkan sebuah lagu ‘tribute’ untuk arwah bapanya yang diberi judul “Pinggiran Syurga”.

Lagu yang penuh beremosi ini berkonsepkan balada pop R&B, mengisahkan kerinduan seorang anak terhadap ayah tercinta yang telah pergi buat selama-lamanya.

Lagu single “Pinggiran Syurga” kini dilancarkan bersempena sambutan Hari Bapa yang bakal menjelang pada 19 Jun nanti.

Rakaman klip video muzik “Pinggiran Syurga” juga telah pun disiapkan dan boleh mula ditonton di laman YouTube KRU Music mulai hari ini.

“Pinggiran Syurga” secara rasminya telah dilancarkan hari ini (10 Jun 2016). Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes, Spotify, dan pelbagai platform muzik digital yang lain.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *