(HIBURAN) Qiem Churros, Aida Bahaman dan Farhan Maarob sandaran baru Aci Aci Buka Pintu Music (AABP Music)

Spread the love

Bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pengenalan barisan artis  Aci Aci Buka Pintu Music (AABP Music) iaitu Qiem Churros, Aida Bahaman dan Farhan Maarob.Majlis yang diselangselikan dengan sambutan ulangtahun Qiem Churros ini turut sama meraikan kejayaan pelancaran lagu dan muzik video rasmi lagu bertajuk DIA nyanyian Aida Bahaman pada 18 March 2022 dan MENGUNDANG PELANGI nyanyian Qiem Churros pada 25 March 2022 serta sambutan ulang tahun Qiem Churros ke 20.

AABP Music adalah sebuah label music baru yang bernaung dibawah Aci Aci Buka Pintu Enterprise yang merupakan Konsultant Perhubungan Awam (PR) yang ditubuhkan pada tahun 2019.

AABP Music banyak membuat kolaborasi beberapa label lain yang menggunakan khidmat Aci Aci Buka Pintu sebagai PR untuk menerbitkan lagu untuk artis dibawah naungan AABP Music. Untuk lagu DIA nyanyian Aida Bahaman, AABP Music berkolaborasi dengan Green House Music untuk penciptaan dan penerbitan manakala MENGUNDANG PELANGI merupakan kolaborasi bersama Kame Music Production yang berpengkalan di Gerik,Perak.

Bagi penyanyi Farhan Maarob pula, beliau merupakan bakat terbaru yang menandatangani kontrak dengan pihak AABP Music dan masih lagi di dalam proses penyediaan lagu dan rangka promosi yang bakal dibuat tidak lama lagi.

Majlis ini juga turut meraikan mereka yang dibelakang tabir untuk lagu DIA iaitu komposer, pereka fesyen, pasukan produksi untuk muzik video DIA yang bertungkus lumus bagi menjayakan lagu DIA ini. Untuk makluman, proses penghasilan lagu DIA ini telah mula dibuat sekitar bulan Julai 2020 bersama komposer dan rakamannya diadakan pada Mac 2021. Disebabkan kekangan masa dan keadaan tidak menentu akibat pendemik penerbitan lagu DIA terpaksa ditangguhkan pelancarannya. Walau bagaimanapun, AABP Music telah melancarkan video lirik MENGUNDANG PELANGI nyanyian Qiem Churros di platform Kame Music Production pada September 2021.

Untuk lagu DIA, ia merupakan lagu pertama yang secara rasminya dibawah penerbitan sepenuhnya dibawah AABP Music dan dilancarkan di platform digital AABP Music sendiri.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *