(HIBURAN) Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers Di Sambut Sederhana Bersama Para Media, Artis & Pendengar Bertuah

Spread the love

DSC_0287small

Sabtu lalu, 9 Ogos 2014, bertempat di Restoran Bora Ombak Ampang, telah berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers.

Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers telah di hadiri oleh barisan artis terkenal tanahair seperti Black, Faizal Tahir, Hanie Soraya, Maya Karin, Awi Rafael, Radhi OAG, Tomok dan ramai lagi.

Pada hari tersebut, para pedengar bukan sahaja berpeluang beramah mesra bersama para artis kesayangan mereka, malah mereka turut merapatkan silaturahim bersama barisan penyampai ERA fm seperti Ray, Haniff, Zahid, Adi Fashla, Johan, Dina, dan Ira dan Aril.

Dalam suasana yang agak sederhana, keluarga ERA fm berkumpul di Majlis Rumah Terbuka ERA fm Bersama Snickers ini telah mengadakan beberapa acara bersama pendengar. Antaranya adalah, cabutan bertuah khas untuk pendengar bertuah yang terpilih untuk hadir ke majlis tersebut. Selepas menjawab beberapa soalan yang dikemukan oleh penyampai yang berada di atas pentas, pemenang membawa pulang hamper Snickers bernilai RM 400 untuk setiap satunya.

Lebih kurang 250 tetamu yang hadir termasuklah tetamu jemputan ERA fm, para artis, pendengar, rakan-rakan media serta pihak penaja.

Majlis yang bermula jam 2 petang dan berakhir kira-kira jam 5 petang itu telah melakarkan memori indah Syawal buat para penyampai ERA fm, para artis, media, serta pendengar-pendengar yang hadir. Ini merupakan salah satu aspek penting bagi sesebuah radio stesen sebagai tanda penghargaan buat semua yang telah memberikan sokongan terhadap prestasi ERA fm.

Dapatkan maklumat lanjut tentang  ERA fm di www.era.fm, laman Facebook dan Twitter ERA, serta frekuensi:

103.3FM Lembah Klang, 103.6FM Pulau Pinang, 103.7FM Ipoh, 98.0FM Kuantan, 103.3FM, Kota Bharu, 102.4FM Kota Kinabalu, 103.6FM Seremban, 90.3FM Melaka, 104.5FM Johor Bahru, 102.8FM Terengganu, 96.1FM Kuching, 90.7FM Langkawi, 102.0FM Tapah, 101.3FM Miri, dan Saluran Astro (856)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *