(SEMASA) KFC TASTY TRAVELS: RASA AUTENTIK THAILAND KINI DI SELURUH MALAYSIA!

Spread the love

Pic 1SAMLL

KFC Malaysia kali ini membawa peminatnya mengembara ke Thailand dengan promosi terbaru mereka, KFC Tasty Travels yang memaparkan dua hidangan menyelerakan iaitu KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals dan burger Zinger Green Curry. Dengan slogan “Nikmati Rasa Autentik Bangkok”, anda tidak perlu berada di sana untuk menikmati kelazatan masakan Thailand!

Kedua-dua produk lazat ini adalah yang pertama untuk melancarkan kempen KFC Tasty Travels yang bermula hari ini di seluruh negara. Siri KFC Tasty Travels ini akan merangkumi pelbagai jenis makanan dari serata negara, jadi peminat boleh mengambil peluang untuk mencuba masakan antarabangsa dari seluruh dunia yang telah diolah oleh KFC sepanjang tempoh kempen ini.

KFC BangkokGreen Curry adalah interpretasi KFC untuk kari hijau Thai yang lazat yang diperbuat dengan adunan rempah, cili, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, dan santan.

Dicipta oleh KFC Thailand, kari hijau lazat ini dihidang bersama ayam Hot & Spicy yang enak, nasi panas dan hidangan sampingan. Kuah kari hijau ini juga diserlahkan dengan tambahan kacang pis.

Burger Zinger Green Curry pula merupakan filet Zinger garing kegemaran ramai yang dilimpahi dengan kari hijau enak beserta salad dan bawang segar di atas ban lembut gebu. Keistimewaan burger ini adalah kerana KFC Malaysia merupakan yang pertama di dunia untuk melancarkan burger seumpama ini.

Pic 3small

“Kari hijau merupakan salah satu hidangan yang popular di Thailand yang terkenal dengan rempah ratus eksotiknya. Rasa pedas dan lemak  kari hijau ini sesuai dinikmati dengan ayam goreng Hot & Spicy, dan juga filet Zinger yang pedas. Kombinasi hebat ini pasti akan membangkitkan selera anda!”, Kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

“Siri KFC Tasty Travels ini merupakan satu platform baru untuk memperkenalkan resipi KFC yang berbeza dari seluruh dunia. Kami ingin membawa para pelanggan kami untuk pengembaraan gastronomi di seluruh dunia tanpa perlu meninggalkan Malaysia”, tambah beliau.

KFC BangkokGreen Curry Chicken Meals boleh didapati dalam beberapa pilihan kombo. Kombo A mengandungi dua ketul ayam, kari hijau, nasi putih serta coleslaw dan dihidangkan dengan minuman berkarbonat, semua untuk harga RM11.95. Kombo B mengandungi tiga ketul ayam, kari hijau, nasi putih, dan minuman berkarbonat berharga RM14.30. The Green Curry Feast A, sesuai untuk  empat hingga lima orang, mengandungi sembilan ketul ayam, tiga nasi putih, tiga kari hijau, tiga coleslaw, dan empat minuman berkarbonat dengan harga yang berpatutan iaitu RM39.90 (hanya RM8.00 setiap orang)! The Green Curry Feast B pula mengandungi 15 ketul ayam, empat nasi putih, satu kentang putar saiz besar, satu Cheezy Wedges saiz besar, tiga kari hijau, dan sebotol Pepsi semua untuk harga RM69.90. Kari hijau juga boleh ditambah sebagai ‘add on’ dengan hanya RM1.90.

Burger Zinger Green Curry boleh didapati dalam hidangan  ala carte pada RM7.75 dan juga dalam kombo yang mengandungi satu minuman berkarbonat dan tiga keping kentang wafel pada harga RM9.95. Terdapat juga versi Hotbox yang mengandungi satu minuman berkarbonat, tiga keping kentang wafel dan satu ketul ayam semua untuk RM12.95 (harga mungkin berbeza-beza mengikut lokasi dan tertakluk kepada 6% cukai Kerajaan).

Strategi promosi dan pengiklanan bagi produk-produk terbaru ini merangkumi pengiklanan di TV, radio, akhbar, media online, titik bahan jualan (POSM) untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. KFC BangkokGreen Curry Chicken Meals dan Burger Zinger Green Curry kini boleh didapati di semua restoran KFC di negara ini untuk jangkamasa yang terhad dari 11 Ogos 2014, jadi jangan ketinggalan untuk menikmatinya!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *