(HIBURAN) Sani Meninggalkan AF 2013

Spread the love

IMG_9888gmo

Sani atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat yang berasal dari Singapura menjadi peserta pertama yang tersingkir pada program realiti Akademi Fantasia 2013. Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang. Keputusan tersebut diumumkan oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Faizal Tahir. Program yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya ini merupakan episod pertama untuk program yang membuat kemunculan kembali setelah lama direhatkan. Dalam pada itu, peserta duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus.

IMG_9892gmo

Selain Azhael, sebelas lagi peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Nur Nabila Razali (Nabila), 21, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dan Nadia Amira Othman, 20. Manakala turut mara adalah Chin Teik Meng (Darren), 21, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dan Mohd Faizul Sani, 28 dan peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa). Lagu yang telah dinyanyikan oleh mereka adalah Coba dari Aisyah, Tiada Kepastian oleh Nona, Sedetik Lebih oleh Darren, Gemilang oleh Sani, Bukan cinta biasa oleh Azhael (duo), Dan sebenarnya oleh Faizul, Apa saja oleh Suhada, Kejoraku bersatu oleh Iman, Gemilang (Ella) oleh Nabila, Ratuku oleh Amira dan Ku akui oleh Indah.

AF 2013 A

AF 2013 B

AF 2013 C

AF 2013 D

AF 2013 E

AF 2013 F

AF 2013 G

AF 2013 H

AF 2013 I

AF 2013 J

AF 2013 K

AF 2013 L

AF 2013 N


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) Sani Meninggalkan AF 2013

  1. Applewhite says:

    Azheal mmg terbaik 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *