Tag: Irmisa

(HIBURAN) Sani Meninggalkan AF 2013

IMG_9888gmo

Sani atau nama sebenarnya Kamsani Jumahat yang berasal dari Singapura menjadi peserta pertama yang tersingkir pada program realiti Akademi Fantasia 2013. Sani, 23, mendapat undian terendah sebanyak dua peratus selepas menyampaikan lagu nyanyian asal Jaclyn Victor berjudul Gemilang. Keputusan tersebut diumumkan oleh ‘Inspirer’ minggu ini iaitu Faizal Tahir. Program yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya ini merupakan episod pertama untuk program yang membuat kemunculan kembali setelah lama direhatkan. Dalam pada itu, peserta duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) mengungguli persembahan pada malam itu dengan undian sebanyak 26 peratus. Read more →

(HIBURAN) Senarai Akhir 12 calon AF2013

LAN_9520gmo

12 calon AF2013 (Akademi Fantasia) telah pun diketahui dan yang mengejutkan seperti kejutan yang sinonim dengan Konsert AF,  pelakon filem “…. Dalam Botol”. Arja Lee terpaksa akur dan tewas kepada Faizul dan Amira yang berjaya diserap kembali ke senarai top 12 melalui undian Samsung Galaxy Entry. Apabila nama Arja Lee tidak diumumkan, ramai yang rasa hampa kerana mahu melihat sejauh mana artis seperti Arja Lee mampu mempertahankan kedudukan dan popularitinya melalui bidang nyanyian berbanding kejayaannya sebagai seorang pelakon. “Arja terletak pada senarai ketiga selepas Amira dan Faizul jadi Arja terpaksa meninggalkan AF,” ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad pada media selepas Konsert Prelude AF2013 berakhir di Kuantan malam semalam. Read more →