Tag: Sejarah

(SEMASA) INFOGRAFIK SPM SEJARAH CETUS REVOLUSI BARU PEMBELAJARAN – Program pertama seumpamanya di Malaysia, bantu calon SPM memahami dan menyerap fakta sejarah

Logo_ISS_revised_03small

Memahami keperluan pelajar yang inginkan kaedah ulang kaji yang lebih efektif, menarik dan mudah difahami, Astro Tutor TV SPM dengan berbesar hati akan membawakan sebuah program pendidikan baru yang pertama seumpamanya di Malaysia, Infografik SPM Sejarah, bermula dari 1 Oktober 2014, pada setiap hari jam 6:30 petang secara eksklusif di Astro Tutor TV SPM (Saluran 603). Read more →

(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA

WHI - Mesei Dari Penjara

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →

(SUKAN) Sukan SEA Ke 27 Bakal Melakar Sejarah Emas Ke-1000 Buat Kontijen Malaysia

Gimik Pelancaran TV3 selaku Rakan Penyiar dan Tonton sebagai Rakan Digital Sukan SEA ke-27

Berita baik untuk semua peminat sukan tanahair! Sukan SEA kini kembali untuk edisi ke-27 dan bakal bersiaran di TV3, stesen televisyen nombor satu negara dan portal video Tonton! Digemuruhkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Utama dengan kerjasama Milo, rakyat Malaysia berpeluang untuk mengikuti acara langsung dan perkembangan terkini Sukan SEA, sebuah temasya sukan dwitahunan berprestij yang menampilkan atlet-atlet terbaik dari seluruh Asia Tenggara. Read more →

(HIBURAN) “Teduhan Kasih” cipta sejarah

IMG_6388Disebabkan sambutan yang begitu menggalakan dan meriah terhadap drama bersiri “Teduhan Kasih’, pihak TV3 telah mengadakan tayangan khas tanpa henti episod akhir drama ini bertempat di RASTA , Sg. Penchala, Kuala Lumpur. Drama bersiri yang dilakonkan oleh Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Julia Zieglar, Sharisha Chong dan diarahkan oleh Jamal Khan ini  telah mencipta sejarah sendiri apabila menjadi drama bersiri pilihan no 1 dengan catatan penonton tertinggi hampir 2.2 juta penonton (episod 20).  Read more →

(SEMASA) Astro Lakar Sejarah Dunia di Sabah

Astro Kasih with new GWR title1GMO

Kota Kinabalu, 13th April, 2013 – Astro telah berjaya mencipta rekod baru untuk pembersihan dasar laut terpanjang dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ apabila seramai 134 penyelam sukarelawan Astro Kasih berjaya menyempurnakan selaman untuk membersihkan dasar laut selama lebih 168 jam secara berterusan, di 14 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah bermula 6 hingga 13 April 2013. Read more →