(HIBURAN) Bicara Seni “Altimet” Dalam “KotarayaKu”

Spread the love

IMG_7067 (2)

Boleh digelarkan antara salah seorang pejuang seni bagi genre Hip Hop terkenal di Malaysia bermula dengan penglibatan beliau bersama TEH TARIK CREW, ALTIMET atau nama sebenar beliau Ahmad Bin Abdul Rahman berjaya menjadikan genre ini sebaris dengan irama-irama lain di Malaysia dan mempunyai kalangan pengikut yang ramai terutamanya golongan muda. Kepada yang tidak mengenali ALTIMET, beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang penyanyi  atau rapper malahan beliau adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan kini seorang Pengarah Eksekutif Kartel Records.

altimetsmall

Setelah sekian lama berkarya, beliau seakan-akan terlupa untuk menghasilkan album untuk dirinya sendiri, maka setelah kemuncak kejayaan beliau dalam menempa sejarah menjadi antara 3 terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 28 menerusi lagu “Kalau Aku Kaya” nyanyian duet beliau bersama Awi Rafael, beliau telah muncul dengan album penuh beliau berjudul “ KOTARAYAKU” yang telah pun berada di pasaran bermula 12 April yang lalu.

Menjadikan tema kembali ke sekolah, ALTIMET telah menjadikan sekolah lama beliau iaitu Bukit Bintang Boys School, Petaling Jaya sebagai lokasi pelancaran album dan mini showcase beliau. Ia menarik minat ramai pengikut setia beliau termasuklah pelajar-pelajar sekolah tersebut. Menjelaskan, tentang idea tersebut, apabila dicadangkan tema tersebut oleh perancang majlis, beliau terlintas untuk menjadikan sekolah lama beliau sebagai satu lokasi kenangan manis untuk beliau dan beliau rasa bersyukur apabila pengetua sekolah tersebut memberikan lampu hijau dan turut sama hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Bernaung di bawah sayap KARTEL RECORDS milik rapper terkenal JOE FLIZZOW, album KOTARAYAKU memuatkan 11 buah lagu di mana 7 lagu beliau merupakan lagu duet ALTIMET bersama-sama artis terkenal tanahair. Antara penyanyi yang membuat penampilan khas untuk 7 buah lagu tersebut antaranya ialah Noh Salleh, Salam, Aman RA, Tomok, Awi Rafael, Imran Ajmain, Mirwana dan The Trisno Trio. Album ini dipasarkan oleh Sony Music Malaysia.

GMOkotarayaku

Tracklist:

01 Kotarayaku (feat. Noh Salleh)

02 Syukur

03 Kalau Aku Kaya (feat. Awi Rafael)

04 Hello (feat. Trisno Trio)

05 I Am

06 Kembali

07 Kotarayaku II

08 Aku Tahu (feat. Tomok)

09 Itu Ini Begitu Begini (feat. Mirwana)

10 Maafkan Kami (feat. Imran Ajmain)

11 Belantara Konkrit (feat. Salam & Aman-RA)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *