(SEMASA) ASIA COMIC CON 2018 BAKAL MEMBUAT PENAMPILAN SULUNG DI MALAYSIA

Spread the love

Kuala Lumpur, 19 Jun 2018: Buat para peminat filem dan komik, jangan lepaskan peluang untuk bertemu watak-watak kegemaran anda di Asia Comic Con (ACC) 2018! ACC 2018 yang julung kali diadakan di Malaysia ini akan berlangsung selama 3 hari dari 13 hingga 15 Julai. Tiket awal berharga RM39 juga boleh didapati di www.eventbrite.com.au/e/asia-comic-con-malaysia-2018-tickets-46259095199 bermula dari sekarang hingga 3 Julai.

Bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, peminat boleh menerokai ENAM zon unik yang terdiri daripada komik, filem, rancangan bersiri, manga, anime, permainan, permainan digital, dan cosplay. Aktiviti-aktiviti yang menanti peminat termasuklah pameran, koleksi barangan terkumpul, dan aktiviti interaktif.

Antara acara utama yang bakal berlangsung:

  • Khas untuk peminat bola sepak, Pertandingan Moh Skor E-Sports menampilkan FIFA Online 3 dan FIFA 18 yang memberikan pengalaman seperti di padang bola sepak sebenar! Penonton akan dapat menyaksikan perlawanan menarik di antara pasukan-pasukan hebat yang terdiri daripada pemain-pemain bola profesional seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi.
  • Koleksi unik daripada XM Studios. Pameran patung-patung berharga yang dihasilkan dengan penuh teliti. Peminat boleh menyaksikan sendiri koleksi yang diinspirasikan daripada filem Marvel seperti Avengers, X-Men dan Antman; Star Wars; filem DC seperti Batman dan banyak lagi.
  • Sesi bergambar bersama prop bersaiz besar dan model daripada filem The Dark Knight! Jika sebelum ini peminat hanya boleh melihat Tumbler dan Batpod di Gotham, kali ini mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan watak-watak kegemaran mereka di ACC 2018! Karakter lain yang akan turut membuat kemunculan termasuklah Predator, Batman Ninja dan turut tidak ketinggalan kerusi legenda daripada X-Men, Magneto Chair!
  • Diorama Eksklusif Dragon Quest! Setelah 30 tahun, permainan “role-playing” ini masih diminati ramai. Tahun ini menyaksikan penganjurannya yang ke-11 yang lengkap dengan lanskap mini, pertarungan sengit, watak-watak ikonik dan set-set berskala besar yang mengagumkan.
  • Penampilan istimewa oleh artis animasi legenda, Nobuo Yamada atau NoB (Super Sentai dan Saint Seya) dan Chie Nakamaru atau mao (Doraemon).

Asia Comic Con 2018 yang pertama kali diadakan di Malaysia ini pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat filem blokbuster, siri animasi dan cinematic universe, manga, anime dan “cosplay”. Pelbagai lagi pameran dan aktiviti interaktif lain bakal menemui peminat.

Bermula dari sekarang hingga 3 Julai, dapatkan tiket awal dengan harga istimewa – pas 3 hari bernilai RM39 di www.eventbrite.com.au/e/asia-comic-con-malaysia-2018-tickets-46259095199 dan untuk berita terkini ACC 2018, layari https://www.facebook.com/asiacomicconmalaysia/

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *