(SEMASA) Ceritakan Kisah Raya Anda Bersama HABIB

IMG_20160516_002448Kuala Lumpur, 1 Jun 2016 – Bersempena Kempen Rantaian Kasih HABIB 2016 yang dilancarkan pada hari ini, HABIB menampilkan konsep yang berbeza berbanding dengan tahun sebelumnya. Dengan bertemakan “Apa Cerita Raya Anda?” HABIB menjemput orang ramai untuk menceritakan cerita Raya masing-masing menerusi video yang boleh dikongsi pada laman www.habibrayastory.com di mana anda berpeluang memenangi barang kemas berjumlah RM50,000 dengan hadiah utama berupa barang kemas bernilai RM21,000.

IMG_20160516_005504Diadakan di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, HABIB menampilkan koleksi-koleksi terkini untuk musim perayaan tahun ini. Corak tenun dan songket adalah inspirasi untuk koleksi Hari Raya 2016. Songket yang melambangkan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman, memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Perkataan “Songket” bermaksud menggunakan benang emas dan perak dan ianya tepat sekali untuk kami menghasilkan sesuatu daripadanya. Corak kreativiti songket yang halus dan kreatif  apabila diolahkan menjadi satu rekaan barangan kemas seperti kerongsang, gelang tangan, cincin dan rantai panjang sangat menakjubkan. Motif songket daripada flora dan fauna indah apabila dijadikan sebentuk cincin ataupun kerongsang yang bertatahkan berlian dan batu permata dan sesuai dipadakan dengan baju tradisional Melayu.

Acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran duta Rantaian Kasih HABIB 2016, iaitu Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Anzalna Nasir, Hanif Zaki, Mia Nasir serta Azlina Jahaya, ibu kepada Anzalna. Majlis turut diserikan dengan alunan bicara dari Hefny Sahad sebagai pengacara majlis.

POSTER-EVENT1-vertPelancaran Rantaian Kasih HABIB 2016 ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama media, tetamu jemputan dan para selebriti tanah air yang kemudian disajikan dengan dengan kilauan emas, berlian dan juga batu permata yang indah menerusi peragaan koleksi Raya HABIB 2016.

Dato’ Sri Meer berkata, “Pada tahun ini, kami menjemput para pelanggan berkongsi cerita dan pengalaman Raya mereka melalui tema “Apa Cerita Raya Anda?”. Kempen kali ini buat pertama kalinya menawarkan satu kelainan dimana HABIB ingin orang ramai menceritakan kisah-kisah menarik mereka berkaitan Hari Raya, dan kita juga mendengar cerita-cerita Raya dari duta kempen Raya HABIB, seperti cerita di antara pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, serta cerita di antara Anzalna Nasir bersama suami, Hanif Zaki, adiknya Mia Nasir dan juga ibunya, Puan Azlina. Mereka yang berkongsi cerita Raya dengan memuat naik video masing-masing ke laman web mikro HABIB di www.habibrayastory.com berpeluang memenangi hadiah barang kemas berjumlah RM 50,000 daripada HABIB. Selain itu HABIB turut mengalu-alukan pelanggannya dan orang ramai untuk berkongsi atau ‘share’ video tersebut di laman sosial masing-masing dan menggunakan ‘hashtag’ #habibrayastory”.

Menurut Dato’ Sri Meer lagi, sampul Raya HABIB yang dinanti-nantikan setiap tahun adalah lebih istimewa tahun ini, di mana para pelanggan boleh menonton video promo kempen HABIB “Apa Cerita Raya Anda?” dengan memuat turun aplikasi HABIB di Google Play atau App Store dan mengimbas sampul raya HABIB di mana video akan dimainkan menggunakan teknologi ‘Augmented Reality’ (AR).

Kempen ini adalah sejajar dengan slogan HABIB iaitu “The Gift of Happiness” dimana pelanggan dapat memberi dan berkongsi kegembiraan bersama insan tersayang di hari lebaran.

Koleksi raya pada kali ini menampilkan rekaan baru khas untuk semua pengemar barang kemas untuk setiap peringkat umur samada lelaki mahupun perempuan dan anda dapat memiliki koleksi ini di 32 bilik pameran HABIB diseluruh negara.

1_13 copy 1_16 copy 1_20 copy 2_7 2_15 copy 2_20 copy 2_24 copy 4_8 copy 4_10 copy 4_12 copy 5_6 copy 5_15 copy 6_9 copy 7_9 copy 8_2 copy 8_7 copy 8_11 copy 9_9 copy 12_2 copy 13_3 copy 16_1 copy

Kempen Rantaian Kasih HABIB bermula dari 6 Jun sehingga 10 Julai 2016 di semua bilik pameran HABIB. Pelanggan boleh menikmati potongan sehingga 70% untuk koleksi berlian dan batu permata, potongan RM6 hingga RM25 segram dan kadar tukar beli emas yang tinggi. Untuk maklumat lanjut hubungi Jabatan Pemasaran dan Komunikasi HABIB di 03-4252 7777 atau layari www.habibjewels.com.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *